Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Zaman Pra-Sejarah 1992- ????

by - 12:53 AM


semua orang mesti ada kisah masa kecil kan.  aku pun ada, and aku teringin nak kongsi.  hehe.  ni antara yang aku masih ingat masa kecil. ^_^

  • ·         Aku kenal Adidas dulu baru Asadi.   Jadi, aku selalu cakap kat orang yang Asadi tu salah eja, yang sebenarnya Adidas.

  • ·         Aku dulu selalu dress-up macam laki.  Haha.  Mungkin sebab aku punye kawan-kawan sebaya ramai lelaki.  Sampai sekarang aku punya kawan ramai lelaki.  Tapi aku sekarang macam perempuan la.  Huhu.

  • ·         Aku suka main panjat-panjat pasir.  Pastu guna cawan kertas buat istana pasir.

  • ·         Aku suka makan vitamin sampai mak aku sorok atas almari atas peti ais.  Senyap-senyap aku panjat kerusi nak ambil vitamin bila mak tak nampak.

  • ·         Suka main anak patung kertas.  Bila pergi market je, mesti beli punya la.  Walaupun sama, tetap akan beli gak.

  • ·         Aku suka main pondok-pondok ngn jiran aku.  Main mak-mak.  Main doctor-doctor.  Main masak-masak, guna daun, habis pokok bunga mak aku kena curi daun-daun dia.

  • ·         Aku pernah curi kaktus kat rumah opah sedara aku.  Curi ubuh dalam tisu.  Balik rumah tanam bawah pokok mata kucing.  Bukan curi, ambil tanpa izin je.

  • ·         Masa tadika, aku pernah curi duit syiling.  Simpan dalam beg.  Bawak balik main ngn adik.  Haha.  Eh, bukan curi, Cuma teringin je.

  • ·         Teringin sangat nak pakai slipper tandas yang murah tu.  Mula-mula mak tak bagi, tapi akhirnya mak bagi gak.

  • ·         Suka main game yang ade arnab makan carrot tu.  Nta, tak ingat dah name permainan tu.

  • ·         Suka cari semut banyak-banyak, letak dalam botol.  Letak pasir dulu, pastu main lawan-lawan semut.

  • ·         Main tutup botol.  Balik sekolah, pergi kedai depan sekolah, semata-mata nak cari tutup botol.

  • ·         Pernah tertelan shinggam (aku tak reti nak eja) and aku fikir mase tu, aku dah nak mati dah, sian kat mak ayah aku.

  • ·         Selalu ingin tahu RM1 setengah, setengah tu berapa?

  • ·         Masa tahun 1, aku sekolah rakyat dekat kampung sebelah, tiap kali aku nak keluar kelas, aku mesti kena tahan dengan sorang budak laki ni, dia akan mintak seposen.  Aku takut sangat, aku pun bagi.  And what a surprise?  Aku kawan dengan dia bila dah besar and now I miss him so much!  =.=’

  • ·         Aku ada kotak pensil yang tingkat-tingkat tu.  Pastu selalu main rumah-rumah guna pensil.  Huhu.

  • ·         Tiap kali aku tengok orang bekerja, aku pasti aku akan fikir besar nanti aku akan kerja tu.  And aku penat la fikir, macam mana nanti aku kerja nanti.  Aku pernah terfikir aku kerja angkat sampah, aku fikir, nanti aku nak diri kat mana ea supaya tak busuk sangat?

  • ·         Masa adik perempuan aku baru lahir, semua orang geram tengok dia.  Pelik betul lah.  Sampai aku risau sangat orang curi adik aku bawak lari.

  • ·         Aku pernah lemas dalam sungai.  Masa tu aku bawak adik aku sekali.  Tak bole lupa.  Tapi nasib baik, selamat.

  • ·         Aku main basikal ngn kawan-kawan aku, time tu jalan batu lagi.  Nta macam mana aku jatuh la pulak, darah keluar banyak-banyak-banyak-banyak kat kepala.

  • ·         Aku pernah jatuh longkang sebab main lari-lari kat belakang sekolah.  Benjol macam ikan flower.. ape nta tu.

  • ·         Pernah accident, sampai tinggal parut kat muka.  Kalau tengok betul-betul, kat bahagian kepala aku banyak parut.

  • ·         Aku suka makan susu, aku suka makan milo.  Tapi sekarang dua-dua dah tak boleh makan dah.  Mungkin sebab taksub sangat kot dulu.

·         Cukup dah agaknye.  Hehe.  Tuje lah.  Kbai..

You May Also Like

0 comments