Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Finally !

by - 6:18 PM


Yeah.  Finally! Akhirnya!

Satu kebenaran telah terbongkar.  Haha.

Sedih?  sikit lah.  Sedih jugak lah.  Tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kat aku awal.  Kalau lewat, tak tahulah ape nak jadi kan.  Huhu.

"sebenarnya saya nampak awak call dy banyak kali, tapi dy silentkan handset."

"bile handset dy kat atas, sy bgtahu kat dy awak call dy, dy buat tak tahu je."

Ok, terima kasih kat Mie.  Kalau tak de awak, mungkin sampai sekarang saya akan percaya kat dia lagi.

Terima kasih gak kat achap, sebab dah tolong bagi no fon.  Huhu.  Kalau tak, memang sampai sekarang takkan tau kebenaran dia.

Dah terjawab.  Dah terbukti.  Selama ni even ktorang dah takde pape, aku tak bole time orang lain sebab aku sayang gila bagai nak mati kat dia sorang je.  sampaikan aku pernah cakap kat kawan aku “kalaupun ada orang yang aku suka, dan dia pun suka kat aku, aku tetap takkan terima dia.  Sebab, aku tak mampu nak buang dia dalam hati aku, aku takkan bole sayang orang lain selain dia.”

Aku percaya yang satu hari nanti dia akan berubah.  Tapi aku takut untuk berharap, tapi tersimpan jugak sedikit harapan.  Mungkin dia tak berani nak cakap kat aku dia dah taknak kat aku sebab mak dia.  Mak dia pulak, sayang kat aku.  Macam-macam aku dapat kalau aku pergi rumah dia.  + layanan first class. Mak dia baik.  Aku pun tak sampai hati nak bagitahu kat mak dia yang kami dah takde pape.   Hal yang ni, biarlah dia yang selesaikan dengan mak dia.

Mungkin aku buta selama ni, tapi Alhamdulillah Allah dah celikkan aku.  Aku dah nampak, sebenarnya dia tak sayang aku pun.  Kalau sayang tak buat macam ni.  dah dapat bukti barulah hati aku ni yakin dengan keadaan ni.  kalau tak, aku was-was.

Bila je tahu kebenaran, sentap jap.  Sumpah sedih.  tapi aku tak menangis menonggeng la pulak.  Mungkin aku dah lama bersedia dengan keadaan ni dan apa yang akan berlaku.  Dah penat nak menangis sebab ni.  Cuma fikiran agak teganggu.  Yelah, masalah yang sebelum ni belum nak reda, da masalah lain.  Cuma aku yakin, aku mampu tempuh.  Yes!!

Sekarang ni, aku dah tak harap langsung kat dia.  Nak bercinta lagi pun aku  dah takut.  Cukup-cukuplah.  Malas aku nak fikir dah.  Fikir buat semak kepala.  Runsing je.  sakit pun sakit.  Watpe nak buat cinta itu sakit, sedangkan cinta itu indah?  Fikir-fikirkanlah.

Aku dah lama single.  And aku akan kekalkan kesinglelan aku.  Haha.

Tambahan:  I read my crush’s tweets.  Oh, actually your hearts already crush to another girl.  Know the truth now.  :) semoga awak bahagia.  insyaAllah. (I > YOU > HER :D)

You May Also Like

0 comments