Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Ujian itu datang dari Allah.

by - 10:22 AM

assalamualaikum,

ujian tu datang dari Allah.  nak tak nak kena terima jugaklah kan.  semua yang terjadi pasti ada sebab dan hikmah.  dan Allah takkan uji umat Dia lebih dari kemampuan makhluk tu.  am i right?

yes(eh jawab sendiri pulok).  tak tahu lah.  aku banyak masalah.  ke aku yang suka fikirkan benda tu yang jadi masalah?  aku pun tak tahu.  haa, kalau orang lain mesti mind set dorg kalau remaja baye aku ni mesti masalah CINTA.  eh eh eh?  bukanlah.  aku takde masalah CINTA.  malas aku nak bermain api dengan benda tak berfaedah.  aku je dok ingat kat dorang(dorang?  ramai ke?), tapi dorang tak ingat kat aku pun.  bak kata kakak aku lah, watpe nak bazirkan mase fikirkan orang yang tak ingatkan kte?  haa, kan?  dah2, tak payah nak bazir mase fikirkan.  aku tak hot, tak de sape nak.  buruk lak tu.  aku sedar tu.  huhu.

tak, kali ni bukan masalah cinta.  kali ni masalah aku.  masalah aku.  aku ada masalah.  hurm, we're in a BIG TROUBLE!!  super duper punye problem.  haish, aku tak pernah nak jangka benda ni nak jadi.  semakin serious.  apelah dorang nak ni.  nak jadi Allah ke pun?  korang pun kan hamba..hurmmmm.

penat dah nak dengar kena caci maki hinaan fitnah.  so tired and i think its enough!  tak larat dah nak dengar sume sampai dah jadi lali.  tapi it'll become more serious and waiting for the moment to come.  and i hope, ianya takkan terjadi.  harap sangat takkan terjadi.

aku tak pandai nak tolong.  aku hanya mampu berdoa.  aku nak yang terbaik.  kadang mengalir gak air mata aku bile dengar suara putus asa.  sungguh kalau aku mampu tolong, aku tolong dah.  saat macam ni lah aku nak someone unt dgr masalah aku.  aku nak ble aku cakap "im ok, dont worry"  and dy akan cakap "i know u're not, tell me now".  nampak care kan kat situ.  hehe.  tapi aku tak jumpa lagi orang macam tu.  then, aku tefikir kalau lah library ade khdmat pinjamkan telinga untuk dengar masalah aku, aku nak pinjam.  tak lama, ble aku dah ok, aku pulangkanlah.  dalam 2, 3 jam je.

bile fikir-fikir balik, benda tu tak jauh.  tu sejadah, tu telekung, tu toilet.  amek wuduk, solat sunat, mengadu pada Dia.  pilihan yang tepat.  komfem Dia bagi respon yang baik !!  cume aku rasa macam tak tertanggung.  kenape macam berat sangat.  kenape?  walaupun suara-suara tu menghina, kalau dah darah daging, aku takkan benci.  bile melibatkan family, orang luar takkan faham apa yang sedang kte alami.  mulut mereka akan semakin seronok menghina dan terus menghina.  fitnah sana sini.  go on guys!  buatlah selagi korang rasa belum puas nak jijikkan nama kami.  go on.  kami yakin Allah ada bersama kami.

jangan takut, jangan gentar, Allah sentiasa bersama aku!!  aku rasa semua dah jadi serabut.  haihh.  aku dah deactivate fb.  nak wat kat twitter, tak reti pulok.  malas nak tengok benda-benda yang semakin menambahkan masalah.

aku yakin aku mampu tempuh.  sebab kalau aku tak mampu, Allah takkan bagi kat aku.  try to be strong.  try to be more matured.  its not the big thing if Allah still in my heart.

thank you.

You May Also Like

0 comments