Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

cukuplah kita sekadar kawan ツ

by - 3:44 AM

Assalamualaikum

diri aku sunyi, diri aku dambakan seorang teman.  namun bukanlah siapa datang awal, dia yang dapat menjadi temanku.  cinta?  aku bukanlah jenis yang suka bermain cinta.  aku takut.  aku takut bila ada soal hati di dalam ini.  soal hati jangan dibuat main.  nanti mungkin bakal bermacam masalah yang akan datang kemudian hari.

aku bukan tak suka kawan dengan kamu.  suka.  teringin nak jadi kawan yang senang bergurau senda dan bergelak ketawa.  namun, kamu asyik mendesak aku untuk menerima kamu.  awak, cinta tak boleh dipaksa.  saya minta maaf.  saya boleh jadi kawan awak.  tapi, tak boleh jadi lebih dari tu. ●▂●

dari awak terus mendesak, lebih baik kita kawan.  kalau kamu buat macam ni, lagilah aku takut nak dekat dengan kamu.  kita kawan.  cukuplah sekadar kawan.  banyak sebab kenapa dan mengapa aku tidak dapat menerima kamu dalam hatiku.

pertama, mungkin hati aku sendiri yang tak dapat nak janji kat kamu yang aku boleh beri kamu kebahagian.  lagipun, kita tak pernah mencuba untuk berkawan.  apa salahnya kalau kita cuba untuk berkawan.  dah hampir setahun awak kejar saya macam ni.  cukuplah awak, jawapan saya tetap tidak akan berubah.  lagipun, awak mungkin tak kenal saya lagi.

kedua, awak kata, awak nak jugak kat saya.  but, at the same time, saya selalu je nampak awak dengan perempuan lain keluar sana sini, makan sama-sama.  pernah couple dengan orang lain.  lagipun, kawan saya ada cakap, yang awak nak bertunang da.  buat apa lagi lah awak nak kejar saya kan?  ramai yang sayang kat awak dah.

bila awak macam ni, lagilah saya takut nak bercinta dan mencari teman.  pengalaman lepas lagi, keadaan macam ni lagi, bertambah lagi lah saya takut.

aku tak nak jadi musuh kamu.  dan aku taknak jugak kamu menjadi musuh aku.  jadi, ada baiknya kita kawan.  cukuplah kita sekadar kawan.  ◕ ‿ ◕



You May Also Like

0 comments