Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

♂ Kau dan Aku ♀

by - 5:21 AM

Kata mengatakan kita bersama,
Perasaan mempamerkan haluan kita berbeza.

Pengakuan kata benar kau setia,
Caramu memberitahu kau tidak sebegitu.

Bibirmu seakan berkata kau betul jujur denganku,
Namun telinga aku selalu saja dengar sebaliknya dari kata-katamu.

Lidahmu mengeluarkan ya benar kau sayang padaku,
Tapi kenapa hatimu tak sepadan dengan katamu?

Tutur katamu memberitahuku kau cinta padaku,
Tapi hatimu seakan membahagi kasih.

Oh indahnya bicaramu mengatakan kau rindu padaku,
Tawamu mengikuti kata-katamu. Benarkah?

Kau marahkan aku ya?
Endah tidak endah kau menjawab tidak,
Gayamu pula menunjukkan kau marah padaku.

Dirimu kata kau benar ikhlas menerima aku apa sahaja,
Tingkah lakumu tidak pula sama dengan katamu.

Kau bertanya pula padaku,
Sudah tentu aku memberi jawapan yang benar.

Ya, aku setia denganmu,
Jika tidak aku tidak akan menantimu,
Tapi hatimu tidak yakin denganku.

Ya, aku sayang padamu,
Jika tidak aku tidak akan disini menemanimu,
Gayamu semacam yakin tak yakin.

Ya, aku cinta padamu,
Jika tidak aku tidak akan mendambakan kehadiranmu,
Namun tiada riak indah di wajahmu.

Ya, sudah pasti hati ini merinduimu,
Tiap saat ku merindui kehadiranmu menemaniku,
Jawabmu seperti kataku hanya helah.

Ya, aku bicara jujur padamu,
Segala yang aku lakukan untukmu adalah jujur,
Kau lihat aku seperti tidak kisah.

Ya, aku ikhlas bersamamu,
Ku juga ikhlas menerimamu dalam hidupku,
Kau layanku umpama aku hanya rakanmu.

Sayang,
Kaburnya perjalanan hubungan kita,
Ingin aku jernih hubungan ini,
Namun hubungan kita tidak akan berdiri tegak tanpa usahamu juga.

Sayang,
Pedihnya hatiku menanggungnya,
Peritnya mataku ketika menangis kehampaan,
Sakitnya diriku kau melayan aku seperti ini.

Sayang,
Jika bukan aku orangnya,
Jika aku hanya kau anggap kawan,
Jika aku tidak bermakna.

Siapa yang kau sayang?
Siapa yang kau cinta?
Siapa yang kau rindu?
Siapa yang kau nanti?
Siapa yang kau kejar?

Sayang,
Andai hubungan kita sebegini berterusan,
Aku tidak sanggup terus berada di medan ini,
Biarkanlah aku bahagia,
Kerana aku tahu kau pasti lebih bahagia tanpaku.

Ketahuilah aku tidak jemu menantimu..
Cuma aku penat dengan helah mu..

Aku masih sayang dan cinta padamu......
-Nur Irdina-

nota kaki:  ambil dari blog lama *_*

You May Also Like

0 comments