Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Sisih

by - 7:04 AM


Assalamualaikum,

Tersisih?  Disisih?  Menyisih?  Apa beza ni semua?  Yang aku tahu kata dasar dia sisih.  Nak lebih perincian maksud dia, kena pergi tanya cikgu BM la.  Nanti kalau aku yang bagi maksud-maksud dia, takut aku bagi ajaran sesat pulak kan.  Nanti cikgu-ckigu semua salahkan aku sebab anak-anak murid diorang semua dok ikut ajaran aku, taknak ikut ajaran dorang.  Haaa, sape yang susah nanti?  Aku jugak kan.  Aku ni dah la sememangnya tak pandai dalam subject ni.  tapi naseb baik la, setiap kali exam, bole dapat score cukup makan.  Hehe.  Alhamdulillah.

Erk kenapa je nak tulis pasal sisih ni semua?  Kenape eah, aku pun tak sure nak tulis ke tak.  Kompius jugak la kat persimpangan ni.  Samada nak tulis or tak.  Actually ape yang tersirat kat hati aku, susah aku nak luahkan.  But, tu lebih baik rasanya.  Dari mem’public’kan masalah sendiri kat merata orang.  Tapi tu hak individu masing-masing.  Bukan pulak aku nak cakap aku ni baik kan.

Kadang-kadang bila kata-kata tu sangat berkesan dalam kehidupan aku, aku akan ingat.  Tetiba pulak eah?  Just nak cakap ada satu ayat yang dah ramai orang bagi dengar kat aku.  Erk tak adalah ramai.  Parents aku semestinya, then pakcik ni sorang, pastu kawan aku sorang, n kawan aku ag sorang.  Haaa seingat aku lah.  Yelah, dalam dunia sekarang susah nak jumpa kawan-kawan yang boleh ingatkan kita kat Allah.  Am I right?  Erk tak tahulah.  Tak berani pulak nak kata ape yang aku cakap ni betul.  Jap2, sebenarnya ramai jugak lah yang aku jumpa sepanjang aku merantau kat bumi Allah ni.

“atas sejadah kita mengadu pada Allah, tu yang lebih baik”

Eh, bukan bukan bukanlah.   Bukan sebab kata-kata tu pulak terasa disisih.  Eh, kata-kata ke kata je ek?  Takpelah, abaikan jela.  Sebenarnya tak tahu nak cerita.  Hehe.  bukan lah nak kata tersisih disebabkan kata-kata.  Tapi mungkin disebabkan perbuatan, kata-kata or mungkin gak tindakan.  Yelah, bukan senang nak buat semua orang puas hati dengan semua yang kita buat.  Saat aku tahu tu, aku terasa tersentap jugaklah.  And bermacam-macam pertanyaan timbul dalam fikiran aku ni.  Wow, kenapa?  Mengapa?  Dan ntah lah..

Beberapa hari sebelum tu, aku ade tanye something kat mak, tapi lebih kepada permission jugak lah.  Nak jumpa mereka.  Rindu kot.  Seriously, rindu sangat !  berapa lama tak jumpa?  Tak boleh bilang dengan jari.  Rindu koranglah !!  rindu sangat !!  rindu rindu rindu !!  kadang sampai aku termimpi-mimpi tentang dorang.  Mungkin terlalu rindu.  Rindu saat-saat dulu.  Yes, i miss uoll !!  mula-mula mak diam, aku kalau mak awal-awal dah diam, aku dah tahu dah jawapannya.  Tapi aku pujuk punya pujuk, dapat lah jugak akhirnya.  Alhamdulillah, dapat jugak.  Tak sabar pulak nak menanti hari dan saat itu.  Sebelum tu, kena mintak permission dari ayah gak.  Tapi kena tunggu ayah balik dari krusus.  So, sementara menanti ayah habis krusus dalam masa beberapa hari, aku macam biasalah, menghabiskan masa depan laptop dan TV.  Haritu aku terlebih rajin pulak dalam aktiviti stalk ni kan, huhu.   Tiba-tiba...

Dan yes, aku terus berubah fikiran.  :) baru aku sedar, apa yang dipamerkan memang satu lakonan or apa yang lebih sedap nak dengar, ‘manis mulut’ mereka je.  Serious aku rasa macam tersisih gila upss tersisih sangat.  Aku kira-kira nak bagitahu mak macam mana tak jadi dengan plan aku tu?  Tunggu mak balik..fikir fikir tak habis lagi, macam mana nak bagitahu ni?  Last, aku pun cakap jugak lah..”mak, nana cancellah” and mak pun tanya “kenapa?” aku terdiam.  Nak bagitahu ke tak nak?  Aku just jawab “takpelah, tak jadi” and aku tersenyum.  Mak macam tak puas hati pulak dengan jawapan aku tu.  Mak tanya punya tanya.   Last-last aku cerita.  And aku agak dah ape yang akan terjadi.  Tu sebab aku taknak bagitahu kat mak.  Aku tak nak mak sedih.  Sebab aku rasa sakit sangat tengok mak sedih.  Aku menyesal sangat dah buat mak macam tu.  Aku tak patut cakap.

Bila fikir-fikir balik, aku rasa macam aku je terover sensitif.  Tapi aku yakinlah, kalau sape-sape pun kat tempat aku mesti terasa punyalah.  Aku tak boleh nak publickan cerita sebenar.  “im not like that” ala-ala amalina cakap.  Huhu.  Pape pun, Alhamdulillah la aku sedar jugak kedudukan kami dalam kelompok mereka.  Mungkin kerinduan yang menggunung tu dah membutakan aku dengan hakikat sebenar.  Tapi tulah sebenarnya.

Aku tak salahkan takdir.  Mungkin takdir Allah inilah jalan kami.  Takdir Allah adalah yang terbaik.  Aku tahu, disebalik segala kejadian dan rintangan ini, ada hikmah yang aku tak nampak lagi.  Allah tak tunjukkan terus hikmah tu.  Tapi tetap bersyukur dengan segala peluang yang Allah berikan dan aku pasti akan sangat bersyukur bila aku dah tahu apa hikmahnya.  insyaAllah segalanya dipermudahkan oleh Allah.

Nota kaki:  mereka takkan nak dengar cerita hantu dari kita, yang mereka nak dengar lubang-lubang duit.

You May Also Like

0 comments