Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Maafkan Aku =)

by - 9:45 AM

Maafkan aku,
Bila bicara ini sering menyakitkan hati.

Maafkan aku,
Bila bicara ini tanpa niat.

Maafkan aku,
Bila bicara ini tidak dapat dikawal.

Maafkan aku,
Bila bicara ini dalam tawa.

Maafkan aku,
Bila bicara ini tidak sedap didengar.

Maafkan aku,
Bila bicara ini berbentuk sindiran yang dirasakan.

Maafkan aku,
Bila kelakuanku selalu mengguris jiwa.

Maafkan aku,
Bila kelakuanku dianggap terlampau.

Maafkan aku,
Bila kelakuanku tidak kena tempat.

Maafkan aku,
Bila gurauanku dianggap benar.

Maafkan aku,
Bila gurauanku dianggap sindiran.

Maafkan aku,
Aku terkasar dalam tidak sedar.

Maafkan aku,
Bila bukan niatku untuk menyakiti.

Maafkan aku,
Bila senyumku mengundang ketidakselesaan.

Maafkan aku,
Bila marahku terlebih temperature.

Maafkan aku,
Bila pujianku menimbulkan syak yang lain.

Maafkan aku,
Bila pujianku dianggap tidak ikhlas.

Maafkan aku,
Bila langkah ini tanpa sengaja mendekati.

Maafkan aku,
Bila langkah ini terpaksa menjauhi.

Maafkan aku,
Bila tangan ini tersasar kawalan.

Maafkan aku,
Bila tangan ini tersalah memberi.

Maafkan aku,
Bila tangan ini tersalah menerima.

Maafkan aku,
Bila hati ini jatuh pada yang tak sepatutnya.

Maafkan aku,
Bila hati ini tidak dapat dikawal.

Maafkan aku,
Bila hati ini pandai membenci.

Maafkan aku,
Bila hati ini bijak meragui.

Maafkan aku,
Bila hati ini telah menyakiti.

Maafkan aku,
Bila hati ini tidak sengaja merindui.

Maafkan aku,
Bila fikiran ini tanpa sengaja teringat.

Maafkan aku,
Bila fikiran ini disarat negatif.

Maafkan aku,
Bila fikiran ini fikirkan bukan-bukan.

Maafkan aku,
Bila fikiran ini tidak pandai berhenti.

Maafkan aku,
Bila fikiran ini melampui batas.

Maafkan aku,
Bila sering kali meminta maaf.

Maafkan aku,
Aku sering kali terasa bersalah.

Maafkan aku.

You May Also Like

2 comments

  1. nice poem. boleh copy+paste... :)

    saya tag awak di sini... http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/05/givaway-by-aziera-adenan.html

    ReplyDelete
  2. thank you, yes, bole copy :)

    btw, thank you for the tag dear.. =)

    ReplyDelete