Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Gagal

by - 7:12 AM


Assalamualaikum,

Dia taip dan dia backspace kembali.  Apa yang harus ditaip sebenarnya?  Dia sendiri keliru.  Keliru dengan apa yang ingin diperkatakannya.  Ingin dia luahkan dalam penulisan ini.  Ingin sekali cerita itu diluahkan tapi dia gagal.  Gagal ingin menyampaikan suara hati ini.

Tangannya seakan kaku untuk bergerak, lumpuh untuk menaip.  Tiada komunikasi di antara hati dan otak.  Maka, tiada yang indah dapat digubah menjadi satu penulisan yang terbaik untuk ditatapi.

Duduk terdiam.  Tarik nafas dan dihembusnya kembali.  Mengumpul kekuatan dan ketenangan.  Berbagai persoalan yang bermain dalam fikiran.  Kosong?  kenapa kosong?  dia berdiri.  Dia berjalan ke kanan dan ke kiri mengurangkan segala keresahan yang ada di hati.  Dia duduk kembali selepas tiada jawapan yang dia perolehi.

Tiada kata yang dapat dipersembahkan, tiada nada yang dapat dilagukan.  Ya, tidak semua dapat dihuraikan dengan kata-kata.  Bukan, bukan ini tempat untuk dia meluahkan rasa dan masalah.  Mungkin tiada izin-Nya untuk dia tuliskan di sini.

Astagfirullahazim.




You May Also Like

2 comments

  1. serious cool.. ada tempat yang betul2 kte boleh luahkan segalanya. dalam doa. =)

    ReplyDelete
  2. yes, the best way. dalam doa kita patut berserah diri mengadu pada Dia yang satu =)

    ReplyDelete