Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Aku Nak Kahwin

by - 10:15 AM


Assalamualaikum,

Topik yang boleh dikatakan hangat jugaklah diperkatakan sekarang.  Mungkin sebab bergaul dengan generasi umur linkungan sebaya ataupun memang topik ni hot diperkatakan di setiap peringkat umur tak kira di mana jua.  Erk, tak pasti pulak tentang tu kan.  Oyeah, tak lain tak bukan topik :  KAHWIN.

20?  Aku rasa umur aku dah boleh kawin da.  Rata-rata kawan-kawan aku kalau tanya semualah nak kawin.  Sape pulak tak nak kawin?  Semua nak.  Rasa macam terlalu muda untuk aku mendirikan rumah tangga.  Tapi dah jadi satu trend sekarang ‘Kahwin di awal usia’.  Dalam umur 18-20 tu dah ramai yang mendirikan rumah tangga sekarang.  Wow, bila dah ramai yang macam ni, aku pun teringin gak nak macam tu.  Haa, rasa macam senang je nak kawin kan.  Kalau rasa teringin nak kawin, ok boleh redah je terus kawin.  Mane boleh macam tu even dah cukup umur untuk mendirikan rumah tangga.  Tapi banyak lagi benda nak kena fikir.  (Kalau senang seredah, lepas sekolah hari tu aku dah kawin dah.  Dah ada anak 2 dah pun kot.  Hehe.  *eh, ape aku merepek ni?)

Actually my parents selalu gak cakap tentang kahwin kat aku.  Mungkin sebab dah umur 20, dah masuk ‘zon boleh kawin’.  Tapi, aku banyak diamkan masa tu.  Sebab aku memang tak ada calon pun ag.  Takpun, maybe sebab aku yang masih single ni membuatkan parents aku risau yang aku tak ada calon ag.  Huhu.  Ntah lah, im not sure bout that.  Sampai aku naik risau jugak lah.  Eh, nape parents aku macam ni?  Nak suruh kawin paksa macam dalam novel tu ke?  Janganlah, aku masih muda.  Memanglah nak kawin, tapi nak la dengan orang yang aku kenal.  Jadi, aku just tersenyum tiap kali tajuk tu diutarakan.

Ada satu yang buat aku tertarik tapi..takpe lah, biar aku cerita dulu.  Baru-baru ni, ayah aku ada cakap kat adik lelaki aku yang bawah aku.  Umur dia tahun ni 18 tahun.  Ayah aku pesan kat adik aku, suruh belajar elok-elok and kalau dia dapat ‘Sijil Penuh’ untuk STPM dia, ayah aku akan setuju untuk tunangkan dia dalam masa 2 tahun lagi. Terkejut?   Ok, aku pun terbeliak jugak lah mata ni bila dengar tawaran yang lumayan tu.  Parents aku tak pernah nak tawar apa-apa kat aku.  Erk, kenapa parents aku tak pernah tawarkan aku dengan tawaran macam tu?  Agak-agak kalau aku dapat anugerah naib canselor, parents aku bagi tak?  Kalau lah parents aku tawarkan macam tu, seriously aku akan belajar tanpa kenal erti letih.

Jadi, aku pun tak puas hati jugak lah.  Aku pun nak jugak!  Mak ayah aku cakap, aku boleh bila-bila masa je.  Wohoa, sumpah macam terlompat kejap dengar tu.  Tapi, kena lah cari lelaki yang ada duit.  Sebab nak buat kenduri tu lelaki yang kena bagi duit.  Ok, dari tersenyum terus aku diam kembali.  Mana nak cari yop yong?  Komfemlah dalam umur aku yang sememangnya takde sosial life aku kenal orang-orang yang sebaya dengan aku je.  Dalam u?  Semua lah tengah belajar lagi.  Dia?  Pening sekejap kepala aku fikirkan soal ni.

Bukanlah desprate sangat nak kahwin.  Tapi..

Pertama, mampukah aku menunaikan tanggungjawab seorang isteri dan ibu di awal usia begini?  Diri aku sendiri pun aku tak berapa tahu nak urus.  Tanggungjawab, bukan semudah kita nak sebut perkataan kahwin dan isteri.  Aku takut kalau aku tak mampu laksanakan mengikut landasan Islam.  Aku pernah terbaca dalam satu artikel, tapi dah lupa kat mana.  Bila kita dah mendirikan rumah tangga, tanggungjawab tu akan lahir dengan sendiri.  Sama macam ada ke rezeki kalau aku kahwin?  Nak sara hidup aku sendiri pun aku tak ada duit.  Setiap yang berumah tangga pasti Allah akan adakan rezeki untuk mereka.  Jangan kita persoalkan dari mana dan bagaimana.  insyaAllah rezeki Dia tetap ada di mana-mana.

Kedua, restu dari keluarga.  Tinggal, duduk dan membesar dalam masyarakat melayu.  Bukan nak mengutuk orang melayu, tapi kadang-kadang melayu ni terlampau menjunjung adat.  Jadinya, nak kahwin muda pun tak boleh.  Tapi, Alhamdulillah tak ramai dah macam tu.  Ramai jugak yang dah tak macam tu.  Dalam kes aku, mungkin kalau aku tepati syarat-syarat mak ayah aku, on jela bila-bila masa.  Tapi, syarat tu mesti ada duit.  Erk, memang harapanlah nak kawin awal kan?  Macam lah aku cantik sangat sampai ada orang kaya nak?  Dengan rupa paras macam ni, orang tak kaya pun tak nak.  Aku rasa, mak ayah aku sayang nak lepaskan aku kot tu bila part aku syarat dia tinggi pulok.  Huhu. (sedikit motivasi dari pakarcinta)

Ketiga, aku masih belajar.  (sedikit motivasi dari pakarcinta) Adakah belajar tu satu halangan?  Dalam satu artikel ada katakan, kalau kita dah kahwin, hilang satu benda bab untuk kita fikir.  Bab pasangan.  Kita tak lagi akan fikir ‘siapa pasangan aku?’ ‘dia curang tak hari ini?’ ‘kenapa tu kenapa ni?’  haa, banyak benda serabut.  Tapi, kalau dah kawin, takdelah fikir benda-benda alah macam tu dah.  Aku akui dengan semua ni.  Hehe.  Cuma aku rasa biarlah aku lepaskan diploma, baru nak fikirkan bab yang ni.  Bukanlah nak kata aku baik, hanya sekadar coretan.  (sedikit motivasi dari pakarcinta)

Keempat, calon.  Erk, kalau tak ada calon, macam nak kawin kan?  Takkan nak kawin sensorang pulak?  Setakat ni aku belum jumpalah.  Kalau ada pun, aku je yang terlebih-lebih, dia biasa je.  Aku je tersyok sensorang, dia tak pun.  Aku je harap lebih, parents pulak tak bagi.  Takpun, dia nak, aku pulak taknak.  InsyaAllah, kalau ada jodoh Allah akan gerakkan dua hati sekali, bukan satu-satu.

Kahwin awal pada pandangan aku, sangat bagus.  Sebab boleh elak maksiat.  Biasalah, darah muda kan.  Tapi setakat ni, aku hanya berani nak tulis kat sini jela.  Nak lawan cakap mak ayah bagi ceramah tentang ni?  Komfem, aku kalah.  Huhu.  Mak ayah mungkin tak fikir sampai tahap tu lagi kot.  Sejujurnya aku takut dengan segala godaan dan ujian sebelum kahwin.  Kuatkah aku? (tips kahwin muda dari pakarcinta)

Kalau ada rezeki, Allah akan lorongkan dengan mudah.  Kalau belum tiba masanya,akan tiba masanya yang lebih sesuai.  Allah is the best planner.  :)

Tapi part yang paling kena ambil kesah ialah restu mak ayah.  Takkan kemana kalau tak ada restu dari mereka. (sedikit motivasi dari pakarcinta)

courtesy from Dena Bahrin's Blog
-read this blog, seronok.  dia dah kawin and dia sekarang baru 20-

Nota kaki:  terasa geli hati pulak kat twitter ni.  Hehe :D

You May Also Like

1 comments