Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Andai Ketawa itu Boleh Aku Beli..

by - 12:49 AM

Sedih.  Sayu.  Saat aku dengar insan yang aku sayang kata “mak dah tak berpeluang nak gelak macam tu.”

Mak, kalau ketawa tu bole, beli, nana sanggup belikan untuk mak.

Mak, kalau ketawa tu bole tukar dengan ketawa nana, nana bagi kat mak.  Biarlah nana bagi.  Nana akan lebih ketawa bila tengok mak ketawa.

Mak, semua tu tak bole.  Bukan sebab nana tak mampu.  Tapi memang ketawa tak bole dibeli.  Tak bole di transfer.

Mak, nana akan cuba buat mak bahagia.  Nana akan cuba bagi mak ketawa.  Nana tau apa yang mak sedih.  Nana tau apa yang mak rasa hilang.  Sejujurnya memang nana tak bole nak bagi apa yang dah hilang.  Kita sama-sama doa semoga Allah bagi balik apa yang dah hilang.  insyaAllah.

Hm, kadang-kadang aku rasa macam aku hidup macam menyusahkan orang lain.  Aku tak kisah kalau orang susahkan aku.  Tapi aku tak bole tengok orang susah sebab aku.  Aku tak suka orang susah sebab aku.  Aku tak suka orang merungut sebab aku.  Tu sebab, aku rela susahkan diri sendiri dari susahkan orang lain.

Kadang aku sunyi.  cemburu melihat mereka yang berteman.  Boleh bermanja.  Ada yang sayang.  Ada yang mengambil berat.  Aku tak ada.  Kawan-kawan aku semua dah ada teman.  Sedih.  Sebab takde tempat nak kongsi.  Tapi, semua tu buat aku ingat kat Allah.  Aku tak sunyi bile aku sentiasa ingat Allah tu sentiasa ada dengan aku.

“jangan takut, jangan gentar, Allah sentiasa bersama dengan aku”

You May Also Like

2 comments