Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Memahami Hati Si Lelaki

by - 1:20 AM


Assalamualaikum,

Dah makan? Dah minum? ok, kalau belum, lepas baca ni pergi makan ok. Tak mo perut kosong k. hee :D
Semenjak menjadi suri rumah yang berjaya ni, dapatlah meluangkan masa menonton tb.  So, tadi tengok Wanita Hari Ini kat TV3.  Tajuk dia “Memahami Si Lelaki” kalau tak silap lah. Tapi kalau salah, lebih kurang je pun. hee.

So macam mana agaknya eah nak memahami hati lelaki ni?  susah kan?  Kadang rasa geram gila kat dorang. Dorang ni nak apa sebenarnya? Serious tak faham.  Cik RN sendiri pn tak faham nak faham macam mana nak faham si lelaki. Huhu.

 orang lelaki ni ego. Ego mereka sangat lah tinggi dan pada mereka perempuan harus ikut mereka kerana mereka lelaki.  Kalau boleh, everything dorang cakap, dorang nak perempuan mengalah.  Dorang tak nak nampak lemah di hadapan perempuan.

Misalannya, kalau lelaki sedang marah, perempuan better diam dan ye kan je kata2 mereka.   Tapi lebih baik diam je lah.  Sebab, lelaki kalau perempuan melawan balik dia akan kata “oh keras kepala” and then lagi dorang marah. Makin berapi.

Perempuan dia akan cakap based on emosi tapi lelaki akan cakap based on fikiran.  Am I right? Betul.  Kalau perempuan cakap “ saya penatlah hari ni” lelaki akan jawab “ buat apa hari ni?”.
Tapi kalau lelaki cakap “saya penatlah hari ni” perempuan akan jawab “buat apa pun je hari ni sampai nak penat sangat. Saya ni dari pagi buat kerja bla bla bla bla…” see.. khonnn.

So bila jadi macam ni, lelaki akan sukar nak berkongsi dengan perempuan.  sebab akan mewujudkan pertengkaran.  Benda simple, tapi boleh buat gaduh.  Sebab perempuan suka emosi.  So kita kena buat ruang untuk kita faham dia.  Dia nak kita cakap “kesian penat eah..buat ape je hari ni? rehatlah k” *maybe haha

Perempuan kena pandai guna reverse psychology dengan lelaki.  Then, secara tak langsung lelaki akan lebih mudah mengakui kesilapan mereka.  Mereka akan sedar secara sendirinya.

Lelaki amat suka kalau kita cakap pasal kesukaan dia.  Dia cukup suka kalau perempuan bagi perhatian apa yang dia sedang perhati.  Misalannya kalau lelaki tu suka pasal bola, perempuan boleh menjadikan bola sebagai tajuk perbualan.

Perempuan pun tak boleh nak terlalu sensitive. Yelah, lelaki kan suka cakap terus terang.  Kalau lelaki tu cakap “baju awak tak berapa cantiklah”.  Perempuan jawablah “takpelah kalau baju tak cantik, asalkan orangnya cantik di mata awak”.  jangan lah jawab “awak ni tak ada mata ke? Apa yang saya pakai semualah tak cantik kat mata awak”.  dah gaduh pulak.  Nanti kalau awak pakai buruk lagi, dah tak ada sape nk tegur.  Jadi, boleh je ambil teguran tu dari sudut positif dan elakkan pertengkaran mahupun pergaduhan.

Kesimpulannya, perempuan dan lelaki amat berlainan dan cara memahaminya pun lain.  Perempuan kena pandai ambil hati lelaki dan lelaki sangat suka kalau perempuan tu manjakan dia.  Lelaki kalau dah manja, dia jadi macam anak kecil. Hahaha.

Sebelum tu Klik Sini

Ini sajalah sedikit perkongsian dari saya.  Salah silap mohon di maafkan ye. :)

ada churpchurp? jom exchange link. hit your link. tak ada, signup sini cepat.

You May Also Like

1 comments