Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Catatan: Andai Dia Tahu

by - 9:23 AM

kadang-kadang saya rasa sunyi tanpa awak.  tanpa panggilan dari awak, pesanan ringkas dari awak, gurau senda dari awak, manja awak dengan saya, tawa awak dan ya semua saya rindu tentang awak.  adakah rasa ini hanya saya yang merasai atau awak juga?

termenung saya memikirkan awak dan kata-kata lain tak lagi saya dengar.  setiap saat saya berharap awak kembali.  setiap kali telefon saya berbunyi dan saya harap itu dari awak.  berkali hampa yang saya terima dan hampa itu sekali pun tak pernah buat saya rasa putus asa untuk berharap.  saya tahu salah untuk saya berharap.  tapi izinkan saya untuk terus berharap sehinggalah saya mampu berdiri dengan keadaan sekarang.

salah saya hanya bergantung pada awak.  awaklah teman, awaklah sahabat, awaklah kawan dan awaklah kekasih.  pada saya cukup hanya ada awak.  salah saya.  bila saya hilang awak, maka saya rasa saya telah hilang semua.

saya tak ganggu awak.  saya cuma catat saat ini.

You May Also Like

1 comments