Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

10 Punca Lelaki Curang

by - 8:24 PM


hai hai hai Assalamualaikum !

ok, setelah lama tak bukak Fasebuk, bukak la nak menjenguk.  macam biaselah kalau kita dah like page-page, mesti ada artikel2 dari blog-blog.  tetiba mataku tertancap pada satu artikel 10 PUNCA LELAKI CURANG..sini aku dah copy/paste dari blog tu..jom kongsi :>

courtesy from:  Blog SiManis

Kes-kes curang yang berlaku samaada di Malaysia mahupun di negara-negara lain selalu dikaitkan dengan lelaki. Kenapakah lelaki ni selalu je buat pasal dan cari pasal walaupun dah punyai bini/awek yang baik hati, suci, mantap, dan masih lagi bergetah-getah. Kat sini ada 10 PUNCA LELAKI CURANG…


 1) Kaya

- curang selalunya dikaitkan dengan berharta. Lelaki yang kaya lebih cenderung untuk curang kerana kebanyakan perempuan mudah ditekel dengan handbag Gucci dan juga kasut Padini.

2) Handsome

- muka yang jambu dijadikan faktor curang. Walaupun miskin, papa, kedana, sengkek, tapi asal ada rupa, mak-mak datin senang dijadikan mangsa.

3) Bosan

- perhubungan selama 5tahun akhirnya diakhiri ditamatkan kerana bosan. Tiada aktiviti yang menyeronokkan seperti mula-mula bercinta.

4) Menyampah

- mungkin dah penat melayan kerenah bini/awek yang terlalu mengada-ngada atau demand lebih, akhirnya curang menjadi penyelesaian. Selama ini, selalu menipu untuk menjaga hati pasangan, tetapi hakikatnya, …

5) Counter-Curang

- si pasangan perempuan memulakan langkah curang, akhirnya lelaki juga mulai mencari ruang-ruang kosong untuk counter-curang. Konsep ini diberi nama fair and square.

6) Terlanjur

- kegiatan lelaki perampas dara perempuan. Apabila sudah mencapai target untuk terlanjur bersama pasangan, maka mangsa seterusnya dicari.

7) Queen Control

- lelaki yang selalu menjadi mangsa kepada bini/awek selalunya akan bertindak secara senyap-senyap. Walaupun pada fizikalnya nampak biasa, tetapi adanya satu perasaan ingin memerintah di dalam hati.

8) Selekeh

- sama seperti perempuan, imej adalah satu perkara penting di dalam hidup. Bini/awek yang selekeh juga boleh menjadi faktor lelaki curang.

9) Cinta lama

- sama seperti drama-drama TV indonesia yang selalu ditayangkan di media prima, awek lama yang muncul kembali juga boleh menjadikan seorang lelaki itu curang kepada pasangannya. Lebih-lebih lagi, jika si awek lama bagi greenlight.

10) Sangap lebih

- nafsu lelaki yang tak dapat dikawal juga menjadi punca berlakunya curang. Lebih-lebih lagi, jika tuntutan nafsunya tidak dapat dilayan oleh pasangan.

nota kaki:  berhati-hati dengan lelaki buaya, mulut mereka manis :>

You May Also Like

0 comments