Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Mimpi Ngeri

by - 2:12 AM


Assalamualaikum..

Hye hye ape khabar sume?  Tengah buat ape tu?  Emmm, Kejap tak kejap, lama tak lama dah masuk bulan 6 da untuk tahun 2012 ni.  terasa masa berlalu begitu pantas.  Korang perasan tak?  Rasa macam terlalu banyak masa yang dibazirkan.  Cuti sem 2 bulan setengah pun dah habis.  Sekarang dah masuk minggu pertama kuliah kat UiTM ni.

Petang Ahad hari tu aku dengan berat hati dah balik ke kolej kediaman.  Dalam pukul 6:30 petang baru aku sampai kolej.  Ingat mula2 nak hantar baju je and nak pulang semula ke rumah.  Yelah, sebab cadang nak tengok mentor final.  Huhu.  Tak sampai hajat tu.  Sebab nak teman kawan yang sensorang kat bilik tu.  Kesian pulak kat dia.  Balik-balik dah tak ada kawan kat bilik.  Lagipun roommate aku yang sorang lagi tu tak balik lagi.  Sebab ada kenduri abang dia kahwin hari ahad tu jugak.  Kesian la pulak, tak sampai hati nak tinggalkan dia sensorang.  Plus, mesti dia rindu kat aku kan?  Hehe.  Jadi, aku spend masa temankan dia malam tu.

Dan aku agak mengalami masalah perubahan tempat tidur malam tu.  Gaya macam baru balik dari London je minah ni kan.  Serious panas tahap tak ada word nak bagitahu.  Tak ada kata-kata yang sanggup keluar dari mulut ni selain “PANAS GILA” !  lemas betul.  Ni akibat terlalu manjakan diri dengan tidur bertemankan penghawa dingin kat rumah selama 2 bulan setengah.  Tiba-tiba keadaan berubah, mana tak mengelupor bak kata orang Perak.  Last-last aku bukak tingkap.  Barulah rasa sejuk sikit.  Dalam 2:30 jugaklah kot aku tertidur.  Ntalah, lupa pulak nak tengok jam.  Agaknya lah kalau tak silap. Aku main tibai je waktu tapi lewat jugaklah.  Tengah-tengah baru nak melenakan diri diulit mimpi di gurun, tiba-tiba satu suara mengejutkan aku, “bangunlah, ni tempat tidur aku!”  berulang kali.  Serious aku jadi tak larat dengan keadaan aku yang macam ni.  haaa, meremang bulu roma korang kan.  Aik, yang tu tutup muka dengan bantal pulak.  Bukaklah, macam nak teruskan cerita ni?  laaa, yang tu menangis pulak, hmmm tak pe lah, lain kali jela aku cerita.  Time dia dah tidur, ok?  Ye, aku janji *angkat tangan gaya berikrar ag tu.  ^___^

Esoknya, sepatutnya kuliah dah bermula.  Tapi Al-Maklumlah, Om kan, memang menjadi tradisi kelas tidak akan betul di awal-awal sem ni.  haa sape yang duk kat UiTM sini tau la.  Pukul 11:30 pagi baru aku g fakulti untuk tengok nama kat board and tengok jadual.  Aje menggedik ikut kawan huhu.  Ade la jugak terserempak dengan beberapa orang kawan yang kononnya nak g Fast Track kat Jengka, tapi aku tengok elok je ada berjalan depan aku semalam.  Huhu.  Ingatlah mata aku ni salah pandang ke apa.  Rupanya betul.  Dorang nak stay kat sini, tak nak g jengka sebab jauh sangat dorang cakap.  Hmmm tak tahulah betul ke tak.  Hehe.  Sempat la sembang dengan 2,3 orang pensyarah.  Lecturer cakap dorang pun pakat pening pegang kepala walaupun dah makan 3 biji Panadol.  Sebab apa ?  sebab jadual degree dengan diploma bertindih.  Owhh.. hua hua hua hua ape lagi?  Menyengih le teman dengonye.  Komfem kalau pergi kelas, kelas cancel je sekarang ni.  jadi, buat apa nak membazir tenaga berjalan ke fakulti ibarat membanting tulang di sawah padi kan?  Tu tandanya….time untuk cuti extra !!!!  jyeahhh !!!

So, kawan aku cakap, kita kena buat kelas sendiri ni?  owhh aah kan, time2 macam ni lah nak enjoy dengan memegang title OKB (orang kaya baru).  Hihik.  So, kami pun bergerak la ke tempat tunggu bas untuk ke kelas yang kami cadang nak g tu.  Jeng jeng jeng ~ kelas kat tesco !! HAHA.  Aku tak tahu apa ada kat tesco tu.  Sebab yela, dua tiga kali seminggu aku dok ulang berjalan kat tesco tu.  Huhu.  Tak ada apa pun.  tapi saje ikut kawan berjalan.  Haaa macam tu lah kisah hari pertama aku kuliah.

Malam tu aku mimpi ngeri.  Aku mimpi pensyarah yang mengajar aku marah gila-gila kat aku sebab tak datang kelas !  baru nak mencuba buat jahat dah dapat amaran macam tu, erk? Jadi aku nak nasihatkan, jangan sesekali korang nak ponteng kelas.  Pegi je kelas. Ade ke tak ade, lain cerita.  Kalau betul tak ada, baru boleh menggedik taw?  Kalau tak, lecturer datang dalam mimpi bagi amaran.  Komfem lepas tu korang akan alami masalah imsonia. 

Eh, laptop aku dah panas beno ni.  aku nak off laptop dulu.  Take care taw!  :D

You May Also Like

0 comments