Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Sahabat, Kau Buat Aku Kenal ...

by - 8:28 AM


Assalamualaikum,

Hari ni mood aku agak sedih.  terkejut dengan berita tu.  Seriously, macam tak percaya pada mulanya.  Keep thinking bout it and keep asking “why?”.  Aku ingatkan sekadar gurauan.  Rasa tak logik.

*wait a minute, cerita apa yang nak cuba sampaikan ni?  tak faham lah.  Ceritalah, bagi kami semua faham.

Err, sorry sorry.  This post is bout my friend.  my best friend.  kalau pun dia tak anggap aku ni kawan baik dia pun, aku tetap anggap dia kawan baik aku.  Aku tak akan jumpa kawan yang baik macam dia lagi da.  Kawan yang baik macam dia ni, pada aku, dia seorang je.  no one can replace him !

*him?  Lelaki?  Aikk…

Haaa haaa jangan nak fikir lelebih pulak.  Yes, lelaki.  Kenapa?  Lelaki dengan perempuan tak leh jadi kawan ke?  Boleh je.  takde tangkap cintan pun.  huhuk.  Ok, drop the subject.  Sambung balik yang tadi.  First masuk kelas tadi, tengok dia memang tak ada.  so, anggap macam mungkin dia malas nak masuk kelas hari ni.  tak ambil kisah sangat lah.  Then, one of my friends cakap, “dia dah Quit.  _____ cakap tadi.  Tak tahu lah betul ke tak.”  What?  Are u serious?  Memang set dalam otak this was a joke!  Then, my kawan cakap, cubalah tanya kat kawan dia.  So, aku pergilah tanya kawan dia yang paling rapat.  “_____ mana?” “dia dah Quit dah.”  “ha?  Kenapa dia quit?” kawan dia hanya senyum tanpa memberi jawapan.  Takkan nak paksa pulak sampai nak cekak tengkuk dia pulak kan.  So, aku hormat seorang kawan yang memegang amanah.  Itulah namanya kawan.

Ada jugak cuba text dia, and tanya kan kenapa, tapi dia tak memberi sebarang respon.  Takde niat lak nak desak.  Mungkin dia ada sebab tersendiri, aku faham.  Tapi aku cuba nak ambil berat, kenapa sampai jadi macam ni.  aku kenang sebab dia banyak jugak tolong aku dalam bab pengurusan diri dan jiwa dalam menempuh usia remaja ke alam dewasa.  Aku salute bila ada kawan macam ni.  dia seorang yang sangat baik.

Eh, aku buat post macam dia dah tak ada kat dunia pulak.  Agak kurang ajar ya di situ.  Aku cuma rasa agak sedih dengan berita ni.  ye la, sape pulak tak sedih kalau hilang kawan kan?  Aku akui, lepas je tahu, aku banyak fikir tentang dia.

Dia baik.  Berapa kali dah aku cakap dia baik ni?  tapi dia memang baik.  Kawan-kawan aku pun cakap macam tu.  Dia baik, ok aku tak tahu yang ke berapa kali dah ni.  aku akan terus memuji tanpa membilang supaya aku tak akan rasa pujian itu sudah sampai limitnya.  Dia ajar aku untuk membaca artikel-artikel yang berunsur Islamik.  Dia ajar aku untuk membaca blog-blog dan penulisan Islamik.  Dulunya aku agak berat dan hanya pandang kat hujung mata je tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Islam.  Tapi dia ajar aku, penulisan berunsur Islam tu sebenarnya lebih menyentuh tangkai jiwa.  Aku fikir Islam dan Cinta tak boleh bersatu.  Tapi dia ajar aku, Islam dan Cinta saling berkaitan.  Kata-kata dia cuba menyampaikan ajaran Islam secara tak langsung.  Kata-kata dia yang mengingatkan aku kepada Allah buat aku rasa tenang.  Telinga dia sentiasa sudi nak dengar aku merepek nta apa-apa tambah lagi bab cintan cintun.  Dia doctor cinta sebenarnya.  Hehe.  Walaupun berkaitan dengan cinta, tapi tetap ada Islam di situ.  Dia bijak meneka apa yang aku rasa.  Dia menaikkan semangat aku bila aku nak jatuh.  Dia sedarkan aku tentang ego seorang lelaki.  Kata dia, dia seorang lelaki, dia tahu apa yang lelaki rasa. :)

Korang nga duduk-duduk diam, korang kenang balik, senang tak nak dapat kawan yang cuba mengingatkan kita kat Allah?  susahkan zaman sekarang ni?  aku jumpa dia, aku dapat artikel dari dia.  Slow-slow aku yakinkan diri aku dengan segala takdir yang menimpa.  Aku cuba kaitkan segala apa yang berlaku dalam hidup aku dengan artikel-artikel yang dia bagi aku baca dan yang aku baca sendiri.

Nampak macam tak seronok lak ea nak kawan dengan orang islamik macam ni eah?  Haha.  Hey, sape kate orang macam ni tak funny?  Funny lah.  Dia kawan yang sangat best.  Dan tersangat best!  Seriously and frankly speaking, dia kawan yang terlalu dan tersangat best pernah aku jumpa.  Huhu melebih pulok.  Korang mesti fikir aku dah tersyok kat dia kan?  Taklah.  Cuba open minded sikit fikir tu.  Huhu.  Aku tahu hati aku, aku tahu hati dia, dia tahu hati aku.  Aku baru je rapat dengan dia, tak terlalu rapat.  Tapi perkenalan yang singkat ni, aku tahu jugak sikit-sikit tentang dia.  Agak keterlaluan kalau aku kata aku tahu semua tentang dia.  Aku bukan tukang tilik.  Tapi aku bersyukur Allah bagi aku peluang untuk ada kawan seperti dia.  Aku buat post bukan sebab aku ada hati or pape yang orang lain cuba simpulkan, aku hanya nak kenang dia dalam hari-hari aku.  Aku tak nak lupa aku pernah ada sahabat seperti dia.

Sahabat,

Terima kasih kerana ingatkan aku tentang Allah.  terima kasih kerana bagi aku kenal artikel-artikel yang menarik tentang Islam.  Terima kasih atas segala nasihat dan pandangan serta luangan masa yang telah diperuntukkan.  Aku di sini, doakan dia tetap berjaya dalam apa jua yang dia cuba ceburi.  Semoga masa depan dia tetap cerah dengan jalan yang dia telah pilih.  Aku rindu untuk punya sahabat seperti kamu.  Andai kamu hilang tempat bercerita, ingat, aku sentiasa ada masa untuk itu.  My doa-doa is always with you my dear friend :>



*siapa nama dia?  Let it be a secret.  Kalau secret, takleh gtau kan.  :’>

You May Also Like

3 comments

  1. Hensem x? xkenalkan kat kte pun.hu3...
    kte pun de gak kwan camtue tapi girl la.ahaks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks..hensem2..usaha tangga kejayaan !

      Delete