Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Jom Belajar Couple Kontrak :)

by - 7:48 AM


Assalamualaikum,

Salam Satu Malaysia.  Naikkan kaki atas sofa dan bersila sambil tangan capai cawan yang berisi kopi.  Srruupp~ ummmm sedap kopi ni.  nak sikit?  Buat sendiri la.  Kopi stok dah habis kat sini.  Kalau tak, boleh jugak kongsi dengan korang.  Haa nak cite sikit ni.  tetiba otak aku ni terfikir satu benda.  Mungkin sebab pengaruh novel kutt.  Yes, yes, yes.  ‘COUPLE KONTRAK’ !  korang pernah dengar tak (semangat bertanya sambil membulatkan mata)

*mengeleng kepala berkali-kali*

Owh, tak tahu ye?  Oke3, takpe..biar aku kongsi dengan korang.  Bukak telinga leluas.  Yg ada kapas dalam telinga tu, keluarkan.  Nanti tak faham lak apa cerita copule kontrak ni.  korang kena faham, sat g Cikgu Ali nak bagi ujian tajuk ni.  baik korang dengar bebaik.  Kalau tak dapat jawab nanti, jangan salahkan aku lak.  Aku dah bagi amaran dah ni.  haa bagus pun ikut cakap aku.  Oke, semua duduk bebaik.  Jangan lupa ambil nota.  *muka dimaniskan sambil tersenyum sampai ke telinga

Couple kontrak?  Macam errr..kalau sape kaki novel mesti dah lali dengan cerita ‘KAHWIN KONTRAK’.  Ala yang cerita kena kawin sebab tak suka, then siap bagi list kontrak apa yang kena buat and tak bole buat.  Siap ada setengah da cakap kahwin untuk berapa lama je, and then jatuh cinta.  Tu yang orang kata bercinta lepas kahwin tu indah.  Tapi bukanlah maknanya sape nak bercinta lepas kahwin kena ade kontrak2 pulak.  Bukan-bukan, tu hanya dalam novel kutt.  Hihik.  Aku tak tahulah kalau ada betul2 kat dunia nyata ni.  kalau korang pernah dengar, meh sini kongsi dengan aku.  Aku nak jugak dengar cerita reality ni haa.  Adventure ke tak ke kan?  Aku nak cerita asli je taw.  Eh, bukan orang asli la, asli ceritanya.  Kalau ada, emel kat aku k?  tahu kan emel aku ape? 

*angguk-angguk*

Bagus-bagus.  *tersengih-sengih kegembiraan.  Ok aku sambung balik.  Haa, yang tu jangan tidur.  Aku bagitahu kat Cikgu Ali karang.

So, ape cerita pulak couple kontrak ni?  korang pernah dengar tak?  Aku berani kerat kuku ada yang antara kat luar tu pernah ada couple kontrak.  Haa ape awak tanye?  Ohhh saye pernah couple kontrak ke?  Tak pernah la.  Tak berapa nak hot sampai ada yang nak buat couple kontrak dengan saye.  Hihik. *muka tersipu-sipu.  Malulah konon.   Eh, melalut pulak.  Ape yang aku faham la tentang couple kontrak ni, diorang ni akan bercinta dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.  Aku sendiri pernah dengar couple kontrak ni.  kisah dari kawan-kawan aku jugak.  And yang pastinya dioarang ni tak ada perasaan cinta.  Atau, tak saling menyintai atau dalam bahasa mudah tak saling suka.  Faham?  Ok, bagus.  Catat-catat.  Ada jugak kes, yang salah sorang drpd mereka mmg syok kat sorang lagi tu.  Nanti jap, nak rewind cerita.

Kes Pertama

Mereka akan couple kontrak dalam masa sebulan.  Andai kata mereka tak serasi, mereka akan putus.  Tapi kalau serasi, mereka teruskan.  But, pengakhirannya mereka putus.  Nampak sangat memain kat situ.  Kebudak-budakan betullah -____-

Kes Kedua

Yang ni aku tak berapa nak faham.  Dorang decided nak couple kontrak dalam masa 7 hari.  So, mmg dorang couple la time tu.  Tapi sampai hari ke-6 dorang dah putus.  Kenapa dan mengapa?  Aku tak tahulah kenapa dan mengapa.

Cukuplah dua kes aku bagi.  Nanti kalau banyak, susah pulak korang nak mengingatkan.  Tula, selalunya dorang mesti akan tetapkan syarat.  Macam, tempoh bercouplean mereka.  Apa yang patut buat and tak perlu buat.  But, seriously bahaya.  Kalau lama-lama sangat, mau salah sorang dari korang yang akan tersangkut.  Tau tak rasa cinta tak berbalas a.k.a syok sendiri?  haaa tak tahu kan?  Sakit ow.  Bukan sari dua bole hilang rasa tu.  Tambah ag rasa sakit kalau tengok dia bahagia dengan orang lain pulak.  Perghhh~  terbaik sakitnya.  Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga an, jangan lah terjebak.  Sesekali even testing pun janganlah.  Merana.  Tapi kalau korang degil sangat, nak try, g la.  Buat-buat.  Nanti kalau dah menangis sampai mata tak boleh bukak, jangan kata aku tak pernah nak ingatkan.  Ingat tu. Take note, catat-catat.  Bukan galaxy note la =.=’

Tapi, andai kata pengahirannya baik.  Takpela kot.  Erk, no comment.  Hehe.  Ok,semua dah habis catat?  Cukup tak nota tu?  Stusy-study.  Sikit lagi Cikgu Ali nak bagi ujian.  Ok, good luck.  Harap Korang semua dapat jawab.  *kata-kata semangat dari seorang kakak yang penyayang.

You May Also Like

0 comments