Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Aku Suka Dia, tapi Dia Kekasih Orang :(

by - 10:28 PM


Assalamualaikum,

Hye hey !  menarik tak tajuk ni?  erk, aku buat post ni tak ada berkaitan dengan sesiapa dan aku rasa berkaitan dengan aku je.  so, part mana ada yang terasa, sejuta kemaafan ku pohon.  Sekadar mengeshare sedikit apa yang rasa nak di share.

Tengah duduk-duduk relax kat rumah sambil mendengar lagu kat handset.  Tetiba tertancap kat satu lagu “Layu Di Hujung Mekar” nyanyian Rio.  Lame dah tak dengar lagu ni.  lame sangat.  Lagu ni dulu aku tahu dari one of my friend.  time tu kalau nyanyi pun, tak feeling ape pun.  setakat dengar jela.  Sampai la satu saat, aku ada alami satu situasi yang di mana aku rasa lagu ni ada berkaitan dengan aku.  Haa masa tu, feeling habis la dengan lagu ni.  huhuw.

Lagu ni mengisahkan seorang yang jatuh hati kat seorang yang lain tapi someone tu dah berpunya.  Bapak, apa korang rasa kalau korang kat tempat ni?  sakit kan?  Tambah lagi tengok dorang bahagia.  Dulunya rapat dengan korang, seakan memberi harapan tapi tup tup tup dia dah berpunya.  Korang tak akan faham sampai la korang alami keadaan ni sendiri.  am I right?  Huhu.

Ok, kat sini aku share kan lirik lagu ni.  kalau korang nak dengar, 4shared la eah.  Hehe.  Ala, lagu ni lagu lama.  Gerenti ramai yang tahu lagu ni punyalah.

Lirik Lagu layu Di Hujung Mekar- Rio

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Kita boleh jatuh cinta dalam masa satu saat, tapi kita tak akan boleh lupakan seseorang tu dalam masa yang singkat.  Kadang kita terfikir masa tu tak adil dalam bab ni.  aku pernah dengar ayat ni “aku diberi masa yang singkat untuk mencintaimu, tapi aku memerlukan masa yang lama untuk melupakanmu.”  Kenapa rasa yang perit tu mengambil masa yang lama untuk hilang?  Kenapa tak semudah option delete je kan?  Semua yang berlaku ada hikmah.  Apa hikmahnya?  Setiap orang berlainan hikmahnya.  So, muhasabah diri balik.  And insyaAllah korang akan tahu apa hikmahnya and satu hari nanti korang akan kata “oh, inilah hikmahnya.”  Senang aku cakapkan?  Yang mengalami?  Aku pernah alami.  Aku tahu macam mana rasanya.  Alhamdulillah, aku rasa aku tahu kenapa dan mengapa.

Rasa nak meletup dada bila tahu orang yang kita suka and pernah memberi harapan, sayang kat orang lain, suka kat orang lain, dok syok kat orang lain.  Tapi apa kita boleh buat?  Nak serang orang tu?  Nak gaduh tarik rambut?  Tak malu ke?  Tak ada maruah ke?  Sedarlah, bila orang tu suka kat orang lain, maknanya bukan kita kat hati dia.  Buat apa kita nak bazir masa kat situ.  Satu yang kita akan rasa, bila kita dah syok habis kat orang tu, yang dorang buat buruk kat kita pun kita akan cari sebab yang positive.  Memang lah bagus tak ada sangka buruk, tapi tu sebenarnya membunuh kita balik.  Tersayang banyak mana pun, jangan sampai buta.

Buat apa kita nak kejar orang yang sayang kat orang lain sedangkan ada orang yang sayang kat kita sedang menanti kita.  jangan butakan perasaan kita pada yang tak tahu menghargai apa yang kita dah buat.   Toleh kebelakang, tengok, ramai yang masih sayang kat kita, ada yang sedang menanti kita.  lihat kedepan, lihat, dia bahagia bersama temannya, sakit kan?  Kenapa nak seksa diri?  Jangan terus kejar, pergilah bersama yang sayang kita.

Itu lah kata-kata yang selalu aku ingat kat diri aku sendiri dan akhirnya aku boleh terima dan aku boleh lupa perasaan yang sia-sia.  Sekarang pun, aku boleh dengar dia cerita tentang kekasih dia.  Dah tak sakit macam dulu.  Aku boleh tersenyum sebab dia bersama orang yang boleh buat dia tersenyum.  Walau aku tidak boleh bersama dia, tapi dia bahagia dengan pilihan dia, aku tak simpan apa-apa.  And we still friend.  :)

Setahun yang lalu, banyak benda yang aku bergantung dengan dia sampai aku tak nampak siapa yang sayang aku.  Bahagia?  Korang pun tahu kan macam mana rasanya.  Mungkin salah aku benda ni jadi.  tapi aku rasa hati dia pun tak sepenuhnya kat aku.  So, adillah dengan benda ni yang berlaku.  Agaknya, mungkin aku yang terlebih berharap, tapi dia tak pun.  aku redha kan semua.  Aku tak simpan apa-apa.  Alhamdulillah, tenang.  So, nak lepaskan sesuatu tu, ikhlaskan hati.  Ketenangan lah yang kita dapat.  Trust me.  insyaAllah.

Setakat tu jela yang mampu aku kongsikan.  Ntah kenapa, lagu tu buat aku teringat.  Hehew.

tak ada kena mengena?  suka hati aku lah nak letak apa.


You May Also Like

12 comments

  1. Erm.. Eiqa pown penah juga mengalaminye..
    Bersabar je r..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehe, sape yg pernah alami, akan faham keadaan tu,kan? ^__^

      Delete
  3. pernah juga begitu. tapi apa yg saya faham setiap yang hadir tu akan mengajar kita sesuatu .

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sependapat ngn awak. setiap yang berlaku ade hikmah :)

      Delete
  4. betty pon dah mengalami nye.. bukan setakat kekasih org.. tp sampai suami org.. ya Allah,, gagah kan diri untuk lupakan die demi kebaikan bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, lagi tuff masalah tu. tapi yela zaman sekarang banyak laki yg mengaku bujang..

      Delete
  5. Turut mengalami benda yang sama. And rasa perit gila nak deny feeling tu sbb kite syg and kite tau kite takkan dpt dia. So, mmg kene positifkn diri and mgkin tuhan nak mengajar kite sesuatu. Tq share post ni

    ReplyDelete
  6. tapi situasi saya lain.skrg saya contact balik dgn ex bf saya. dulu sya yg tingglkan dia. slps 6 tahun berpisah tahn ni bln ogos pada tarikh lahir dia saya tergerak hati nak wish bday kat dia. saya masih simpan no fon dia sampai hari ni. pada tarikh 4/8/16 ulangtahaun dia yg ke 28 thn. wish punya wish saya dgn dia dah aktif berwhatsap. everyday...slps beberapa minggu cntct dia saya pernah tanya dia dh ada gf ker tak. dia kata nak kata gf tak juga TTM kata nye. dia terus terang yg dia nak enjoy dulu . dia minta 2 thn untuk enjoy dan promise dgn saya 2018 dia akan berubah dan fikir psl kahwin. apa pendapat korang ek ? haruskah saya menunggu.

    ReplyDelete