Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Info Kesihatan: Punca Bibir Kering dan Pecah

by - 9:32 AM

Assalamualaikum.. hye2!! jap2, Cik RN nak kongsi tentang info kesihatan. alamak, rajin la pulak kan. tentang kesihatan Bibir.  kadang nampak pucat je kan bibir kita ni? kering lah. pakai salah lipstick, lipbalm dah rosak. sakit pulak tu kan kadang tu. jadi nak tau tak sebab apa? jom baca !!

ni pun Cik RN ambil dari blog pen merah . :) info yang baik, kita kongsikan. :)


Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka serta menimbulkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kepada bibir.
Ketika bibir pecah, biasanya lipstik yang dipakai tidak dapat melekat dengan baik sehingga merencatkan penampilan. Oleh itu, cuba kita lihat apakah punca sebenar kepada masalah bibir kering dan pecahpecah ini. Serta, bagaimana untuk mencegahnya daripada berlaku. (Klik Sini)


PUNCA-PUNCA

  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangnya minum air.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.



You May Also Like

0 comments