Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Info Cinta: Ketahui Apa Yang Lelaki Suka

by - 2:41 AM


Assalamualaikum..sihat ke? Hee

Ok, kali ni tanpa membuang masa yang memang sedang membazirkan masa ni, Cik RN nak kongsi sikitlah tentang info cinta.  Wow, cakap pasal cinta  kot? Bwahaha. Cik RN tak pro dalam bab cinta.  Tapi dah masak sangat lah perangai2 senonoh tak senonoh orang bercinta ni.  kali ni nak cakap pasal, apa yang lelaki suka sebenarnya.  Yelah, kita sebagai perempuan biasanya mesti nak lelaki means special boyfriend kita fahami kita, puji kita, cakap sayang kat kita, ambil berat tentang kita, ingat birthday kita.  macam2 lah kan, perempuan ni nak manja saja. Hehew.

Cuba fikir jap, adil kah sesuatu perhubungan tu, kalau satu pihak je yang memahami tapi satu lagi tak.  Ibarat macam kita konon faham sangat si dia, tapi dia tak faham kita, apa perasaan kita?  tak adil bukan?  So, macam mana kita nak faham si jejaka ni?  nak bagi adil.  Apa yang lelaki suka dengar dari kita?  macam mana nak tunjuk yang kita faham si dia?

Jadi, Cik RN akan cerita macam mana nak faham hati si jejaka, cara-caranya ialah:

“dan antara tanda-tanda kekuasaan Allah adalah menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenismu sendiri.  ini supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan rasa kasih dan sayang antara kamu.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda untuk kaum yang berfikir” – Surah Ar-Rum, ayat 21

Menenangkan Jiwa Lelaki

Biasanya lelaki mudah berasa tertekan, mungkin tekanan itu datang daripada pelajaran, kerja mahupun masalah peribadi yang lain.  Dan situasi ini akan membawa mereka ke arah kekecewaan.  Jadi, siapa yang sepatutnya menenangkan mereka?  Tidak lain dan tidak bukan, mestilah kaum hawa ataupun perempuan. *smile kaum hawa*

Memberi Kata-kata Semangat

Dalam kehidupan sehari-harian, seorang lelaki akan berusaha melakukan sesuatu yang mungkin dapat membantu diri, keluarga dan rakan-rakannya.  Kadang-kadang apa yang dilakukan oleh mereka akan berjaya dan adakalanya juga akan menemui kegagalan.  Sekiranya mereka telah berusaha tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan, pada saat ini kaum hawa lah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk meyakinkan para lelaki bahawa mereka sebenarnya telah melakukan yang terbaik dan masih tiada rezeki dan kaum hawa perlu memberi kata-kata semangat supaya para lelaki tidak mudah putus semangat.

Perunding Imej/ Penampilan

Lelaki era kini amat mementingkan penampilan, dan paling hot sekarang, nak ala-ala kpop.  Wahhh gitu.  Ini bukan sesuatu yang baru tetapi lelaki masa kini amat menitikberatkan soal penampilan diri.  Tidak perlu dipersoalkan kesanggupan mereka untuk sentiasa kelihatan segak di khalayak ramai.  Pada saat ini, tidak salahnya sekira kaum hawa memberitahu atau memberi pujian kepada mereka, bahawa mereka kelihatan kacak dan menarik agar usaha mereka itu dihargai, “awak nampak sangat handsome” (pasti lelaki sangat suka kalau kata mereka handsome).  Sekiranya kita tidak suka, janganlah tegur secara kasar, tegur secara baik.

Menonjolkan Keberanian Lelaki

Seorang lelaki yang gentleman (bukan lagi PSY ye) akan sanggup buat apa sahaja even menggadaikan nyawa mereka untuk memberikan perlindungan terhadap orang yang mereka sayangi.  Para gadis ataupun wanita, bolehlah memberitahu bahawa mereka ini sangat berani.  Ingat, lelaki sangat berbangga andai mereka hebat di mata orang lain. Jadi, kata-kata seperti ini lelaki amat menyukainya.

Menonjolkan Kekuatan Lelaki

Kaum hawa boleh memberitahu kaum lelaki bahawa mereka adalah golongan yang boleh diharapkan dan seorang yang gagah.  Kenapa? Kerana kerja-kerja berat lazimnya dilakukan oleh lelaki, dan tergamakkah lelaki nak melihat kaum perempuan buat kerja berat? Tak gentleman lah kan. Jadi, untuk tidak nampak kasar, kaum hawa boleh memberi kata pujian tentang kekuatan mereka supaya mereka tidak memberontak.  Biasalah lelaki ni pantang kalau nampak lemah depan wanita.

Haaa itulah serba sedikit maklumat yang dapat dikongsikan bersama dan harap dapat membantu sesiapa sahaja di luar sana ye. Heee. Em, lagi satu, lelaki ni pantang kalau orang kata family dia.  So, jangan sebut depan mereka walaupun anda tidak suka apa-apa sahaja yang berkaitan dengan family dia.  Pantang mereka kalau kita merendahkan atau mengata family mereka.


Terima kasih ye.

Sila Klik Sini

You May Also Like

0 comments