Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Info Kesihatan: Kolagen Rumpai Laut

by - 11:50 PM


Assalamualaikum..buat ape tu? Tengah masak? Wahhh rajinyyaaaaa heeee. Cik RN tak berkesempatan nak masak hari ni. air takdo pulok. Erghh. Geram. Banyak kerja tergendala. T_T

Hari ni sementelah tak banyak kerja yang dapat dibuat, dapat lah meluangkan masa untuk tonton Wanita Hari Ini (#WHI) kat TV3 (@TV3Malaysia).  Hari ni 24 April 2013, bersamaan hari Selasa, tajuk dia tentang Rumpai Laut Kolagen.  Sejauh mana kolagen mampu menyihatkan kulit kita?  menarik kan?  Jadi tertarik lah nak letak tajuk kolagen kat blog ni haa. (Klik Sini)


Before ni, memang Cik RN pernah cuba guna Rumpai Laut Kolagen pun.  memang berkesan.  Bukan nak kata apa, tapi memang nampak kesan lah. Kulit pun bertambah baik dalam masa sebulan boleh nampak kesan dah.  Tapi ada jugak setengah pengguna yang dalam 2 minggu dah boleh nampak kesan.  Mungkin dia bergantung pada kulit  dan tahap kesihatan kulit.

Sekarang ni memang tengah hangat tentang isu Kolagen Rumpai Laut.  Sana sini ada orang jual.  Boleh dikatakan senang jugaklah nak dapatkan.  Nak beli online pun banyak ramai yang jual.  Tanya je pakcik google tu, terus pakcik tu bagitahu kat mana boleh beli.  Tapi yang ni kolagen yang telah dikering dan diproses namun masih boleh digunakan dan elok.  Sekali lagi tapi, hati-hati, ada yang telah dicampurkan dengan bahan kimia, yang tu memang akan buat kita bertambah teruk.  So be careful keyh.

Kalau kat Sabah, orang-orang kat sana makan Kolagen Rumpai Laut ni sebagai dessert tanpa dikeringkan.  Yelah, kalau sampai sini tak dikeringkan, acano gayonyo kan?   Kenalah dikeringkan.  Kolagen Rumpai Laut ni banyak khasiatnyaa. Tak dinafikan oleh ahli2 R&D.  elok untuk Kolestrol, memang kolestrol boleh turun lah.  Lagi elok untuk sembelit.  Haaa yang ni memang ternyata betul.  One of my family members la, lepas makan je kolagen, memang terus hilang masalah sembelit.  Kuasa Allah, Alhamdulillah.  Selain itu, kolagen jugak elok untuk pesakit2 jantung.  Kalau untuk kulit, slow2 dia akan membantu membaiki kulit kita.  dia menganjalkan kulit, menghaluskan kulit, mencerahkan kulit..hmmm mcam2 lagi lah.  Tu sebab produk kecantikan banyak menggunakan kolagen untuk pasarkan produk mereka.  Kolagen amat baik untuk kulit dan kecantikan.

                - boleh dimakan
                - boleh dicampur dalam minuman
                - boleh dibuat scrub muka dan mandian

Elok untuk dalaman mahupun luaran.

Kolagen Rumpai Laut ni, ada 3 warna, putih macam kekuningan, ungu, dan hijau.  Tapi mengikut kata  professor dalam tv tu kata, tak ada bezanya, sama sahaja.  Cuma pigment dalam tu yang membezakan kolagen2 demikian.  Tapi, dengar cerita, dalam TV3 tu kate, dalam Rumpai Laut tak ada Kolagen.  Erk, betulkah?  Menurut maklumat dalam TV3 tadi, Rumpai Laut tak ada kolagen tetapi kaya dengan protein dan karbohidrat.  Dia membantu memperbaiki dan mengekalkan kolagen dalam badan.  Sebab, apabila umur kita mencecah 30 tahun, kandungan kolagen dalam badan akan turun secara mendadak.  Jadi eloklah kalau mengamalkan dari awal.  Elok di ambil pada waktu pagi masa perut tengah kosong dan sebelum tidur. (Klik Sini)

Namun, ada juga yang berpendapat kolagen yang disediakan sendiri mungkin membawa kesan positif dalam masa singkat namun akan memberi kesan dalam jangka masa panjang.  Hal ini demikian adalah kerana, Kolagen Rumpai Laut mudah dijangkiti bacteria.  Sebab, kita tidak tahu sebelum kita beli, bagaimana penyediaan mereka, bersihkah?  Dijamin tak ada bacteria kah?  Emm betul jugak kan.

Apa-apa pun, sejauh mana berkesan produk itu pun, yang memberi kesembuhan itu tetap Allah SWT.  Alhamdulillah.  Sedikit info untuk dikonsikan.  Cik RN pun masih mencari realitinya tentang Kolagen Rumpai Laut ni.

Ada ke tak kolagen dalam rumpai laut? (Klik Sini)

You May Also Like

0 comments