Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Tips or Cara-cara Nak Memujuk Lelaki Yang Merajuk

by - 12:34 AM


Assalamualikum,

Bertemu kita lagi dalam segmen doctor cinta..ecehh..macam dalam TV pulop..doktor cinta?  Euwww..alah, nak cakap sikit pun dah tak bole..k foine ~ foine ~  okey, kali ni Cik RN nak kong si tentang Tips Or Cara Nak Memujuk Lelaki Yang Merajuk.  Wow, menarik tak tajuk tu?  Menarik kan?  Selalu kita dengar, perempuan je suka merajuk.  Sebab kalau lelaki merajuk, buruk bebeno ghupenye ye dak?  Haaa… lelaki pun bole merajuk laaaa.. mereka kan manusia jugak..normallah tu..tapi kan, mintak maaf la dulu nak cakap ni..hehehe..lelaki nampak sweet kalau merajuk dengan girlfriend dia je..kalau kalau kalau dengan orang lain..emmm macam nampak macam tak sesuai la..jambu ke?  #Eh?  Tapi kalau dengan family mereka tu, lain ceritalah..tu hal family la kan..

So now ada beberapa tips yang Cik RN jumpa dari satu blog and teringin nak kongsi dalam blog Cik RN ni.  kalau korang nak tahu la kan, lelaki ni susah nak merajuk, tapi kalau sekali diorang merajuk, kita pusing satu dunia pun belum tentu dapat cara nak pujuk dia.  Ok, tipu.  Perumpamaan jelaa.  Okey da melalut banyak, mari sini baca kat bawah2 ni ye.  Semoga dapat dimanfaatkan bersama !! :P


Tips/ Cara-cara Memujuk Lelaki Yang Merajuk


1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

5. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

6. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

7. Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.

Haaa itulah antara tips or cara-cara nya..tapi yelah, bukan semua orang boleh guna cara yang sama..ada lelaki yang memang nak girlfriend dia pujuk selalu.  Kalau tak pujuk, dia rasa terabai.  Ada yang memang jenis, taknak diganggu.  Nanti kalau dah ok, diorang yang akan cari kita balik.  Cik RN harap, sikit sebanyak dapat membantu pasangan-pasangan di luar sana.  Cewah.  Haha.  Ok, sampai di sini saja.  Bertemu kita lagi yeee..  have a nice day !!

*mohon jasa baik awak-awak semua klik iklan2 di atas ye ^_^

You May Also Like

3 comments

  1. Mcm mne klu org tu sy x knal.. mcm ni critenyer,, sy update status fb.. ade mngena jgak dgn dia.. and dia mrah sy,, dia kta mcm2 kt sy,,, sy tkut lah ble ade org mrah kt sy.. sy risau sgt skrg ni,,, dh la thun ni sy ada spm,, klu bleh sy nk slesaikan sblm spm,, sy hrap sgt,, awk bleh tlng,, bleh x bg feedback kt fb sy,, ni email fb sy (ainsofea96@yahoo.com)

    TOLONG... PLEASE!!!

    ReplyDelete
  2. saya ade masalah dengan dye.mak sye x marah yg sye bercouple ngan dye tpi mak sye pantang klu dye kena mengena ngan rokok.dua minggu lepas,mak sye ade bce sms dye yg suruh sye ambil rokok kat kwn dye lepas tu mak sye sms blik;hello,jangan nak ajar anak sye merokok sebab ayah dye x merokok.sye dh puas mintak maaf tapi dye membisu.dye cakap yg mak sye meghina dye dan dye ckp yg sye berlagak yg sye kaya dan dye tu miskin.sye amat terlalu merindui dye.macam mne nie ?

    ReplyDelete
  3. saya dah text banyak kali tapi tak balas juga sehari dia tak balas

    ReplyDelete