Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Sayang/Cinta Punya Pasal

by - 9:41 AM


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia !

Hari ni Cik RN nak celoteh pasal SAYANG.  SAYANG?  Kenapa dengan sayang?  Salah ke betul?  Ke ada yang tak tahu sebenarnya?  Ke aku yang tak tahu sebenarnya?  Ok, dah makin berbelit dan tak boleh betulkan balik urat2 tadi.  Tak payah nak betul2 kan dulu, dengar dulu celoteh pot pet pot pet dari Cik RN.  Just nak share tentang kuasa SAYANG/ CINTA.  Kita cakap pasal SAYANG/CINTA, kita sebenarnya takkan pernah faham tentang kuasa rasa yang ibarat seperti angin ni, tak nampak tapi dapat rasa.  Rasa yang sesaat terus boleh merubah kita menjadi insan yang lain.  Hebat kan?  Apa yang hebat sangat kuasa ni?  Aik, takkan korang tak tahu kot.  Sebenarnya banyak.. tapi nak share sikit je.. lebih banyak korang tahu kalau pernah merasainya.

SAYANG/CINTA punya pasal (tahap kronik):



- kalau dah sayang, nak suruh tinggalkan memang tak la kan?
- tak balas text baru seminit pun nak call. Pastu dalam hati kata “text dengan perempuan/lelaki lain latu”
-  baru sehari tak dapat dihubungi, dah macam kucing mati anak.  Tak senang duduk.  Silap2 boleh demam.
- senyum sensorang walaupun cerita TV tengah tayang cerita sedih/ seram.
- nak kena dengar gak suara dia walaupun 15saat je panggilan tu.
- walaupun dia balas text “K..”, tu pun kira ok la dari tak balas even reply balik “kalau balas tu je, baik tak yah balas”.  Tapi kalau tak balas, lain pulak jadinya.
- curang, tapi dia cakap nak berubah.  Accept balik walaupun terluka.  Macam apa?
- percaya je apa dia cakap walaupun ada sedikit kesangsian.
- semua elok walapun tak elok.
- kalau dia buat pandangan tak suka, tetap akan fikir positive.
- kalau ada berita tak baik tentang dia, tetap akan fikir positive.
-  walaupun dia dah tinggalkan kita, tetap berharap yang dia akan cari kita balik.
- kawan pun dah tak nampak.
- sanggup buang kawan.
- sanggup berubah ke arah positive tapi ada je ke arah negative.  *pengaruh kuat pasangan.
- sanggup tak makan, asalkan ada duit nak topup.
- sanggup topupkan untuk girlfriend/boyfriend.
- sanggup walaupun jauh, gagahkan diri datang jugak jumpa.
-sanggup face apa je obstacle asalkan dapat jumpa dia.
-  tak kurang jugak ada yang sanggup bunuh diri.  Yang ni sangat tak elok.



Haa tu la serba sedikit tentang pengaruh kuasa cinta.  Boleh merubah kita ke arah kebaikan, tapi ada juga ke arah keburukan.  Siapa yang berhak menentukan?  Tak lain tak bukan, memang diri kita sendiri.  Memang kita tengok, macam tak masuk akal je setengah tu.  Bunuh diri?  Heh banyak lagi orang lain, tak payang nak korban sangat la kan.  Curang pun nak accept?  Yang ni selalu orang macam tak puas hati.  Kalau dah sayang, macam tulah.  Mungkin ada yang tak faham, and klasifikasikan sebagai tak ada akal.  Ya, memang kuasa SAYANG/CINTA boleh buat anda jadi tak masuk akal tapi masuk air.  Apa-apa pun, setiap orang, ada hati masing2, punya perasaan dan kekuatan yang berbeza.  Cik RN nak nasihatkan, kalau bercinta pun jangan lah 100% nak percaya, simpanlah sedikit rasa curiga.  Sebab andai terluka, rasa itu tak sesakit yang kita jangka.  Hati-hati dalam bercinta sesama manusia, banyak perkara yang kita tak jangka boleh terjadi.  Ianya banyak kejutan.  Apa-apa pun, cinta kepada Allah kita perlu utamakan, barulah mudah kita menilai baik dan buruk dengan lebih mudah.  Cik RN juga tak sempurna, tapi tak salah kita belajar sama2 menyempurnakan diri kita masing2.  Lastly, kuasa SAYANG/ CINTA memang boleh mengawal emosi dan diri anda.  Bijak anda mengawal, eloklah ia jadinya.

(p/s:  maaflah agak berterabur, terima kasih sebab sudi membaca celoteh Cik RN ^__^ v kalau ada rasa nak tambah, boleh tulis di ruang komen k :D )

You May Also Like

0 comments