Sisih
Assalamualaikum,
Tersisih? Disisih?
Menyisih? Apa beza ni semua? Yang aku tahu kata dasar dia sisih. Nak lebih perincian maksud dia, kena pergi
tanya cikgu BM la. Nanti kalau aku yang
bagi maksud-maksud dia, takut aku bagi ajaran sesat pulak kan. Nanti cikgu-ckigu semua salahkan aku sebab
anak-anak murid diorang semua dok ikut ajaran aku, taknak ikut ajaran
dorang. Haaa, sape yang susah
nanti? Aku jugak kan. Aku ni dah la sememangnya tak pandai dalam
subject ni. tapi naseb baik la, setiap
kali exam, bole dapat score cukup makan.
Hehe. Alhamdulillah.
Erk kenapa je nak tulis
pasal sisih ni semua? Kenape eah, aku
pun tak sure nak tulis ke tak. Kompius
jugak la kat persimpangan ni. Samada nak
tulis or tak. Actually ape yang tersirat
kat hati aku, susah aku nak luahkan.
But, tu lebih baik rasanya. Dari
mem’public’kan masalah sendiri kat merata orang. Tapi tu hak individu masing-masing. Bukan pulak aku nak cakap aku ni baik kan.
Kadang-kadang bila kata-kata
tu sangat berkesan dalam kehidupan aku, aku akan ingat. Tetiba pulak eah? Just nak cakap ada satu ayat yang dah ramai
orang bagi dengar kat aku. Erk tak
adalah ramai. Parents aku semestinya,
then pakcik ni sorang, pastu kawan aku sorang, n kawan aku ag sorang. Haaa seingat aku lah. Yelah, dalam dunia sekarang susah nak jumpa
kawan-kawan yang boleh ingatkan kita kat Allah.
Am I right? Erk tak tahulah. Tak berani pulak nak kata ape yang aku cakap
ni betul. Jap2, sebenarnya ramai jugak
lah yang aku jumpa sepanjang aku merantau kat bumi Allah ni.
“atas sejadah kita mengadu pada Allah, tu
yang lebih baik”
Eh, bukan bukan bukanlah. Bukan sebab kata-kata tu pulak terasa
disisih. Eh, kata-kata ke kata je
ek? Takpelah, abaikan jela. Sebenarnya tak tahu nak cerita. Hehe.
bukan lah nak kata tersisih disebabkan kata-kata. Tapi mungkin disebabkan perbuatan, kata-kata
or mungkin gak tindakan. Yelah, bukan
senang nak buat semua orang puas hati dengan semua yang kita buat. Saat aku tahu tu, aku terasa tersentap
jugaklah. And bermacam-macam pertanyaan
timbul dalam fikiran aku ni. Wow, kenapa? Mengapa?
Dan ntah lah..
Beberapa hari sebelum tu,
aku ade tanye something kat mak, tapi lebih kepada permission jugak lah. Nak jumpa mereka. Rindu kot.
Seriously, rindu sangat ! berapa
lama tak jumpa? Tak boleh bilang dengan
jari. Rindu koranglah !! rindu sangat !! rindu rindu rindu !! kadang sampai aku termimpi-mimpi tentang
dorang. Mungkin terlalu rindu. Rindu saat-saat dulu. Yes, i miss uoll !! mula-mula mak diam, aku kalau mak awal-awal
dah diam, aku dah tahu dah jawapannya. Tapi
aku pujuk punya pujuk, dapat lah jugak akhirnya. Alhamdulillah, dapat jugak. Tak sabar pulak nak menanti hari dan saat
itu. Sebelum tu, kena mintak permission
dari ayah gak. Tapi kena tunggu ayah
balik dari krusus. So, sementara menanti
ayah habis krusus dalam masa beberapa hari, aku macam biasalah, menghabiskan
masa depan laptop dan TV. Haritu aku
terlebih rajin pulak dalam aktiviti stalk ni kan, huhu. Tiba-tiba...
Dan yes, aku terus berubah
fikiran. :) baru aku sedar, apa yang
dipamerkan memang satu lakonan or apa yang lebih sedap nak dengar, ‘manis mulut’
mereka je. Serious aku rasa macam
tersisih gila upss tersisih sangat.
Aku kira-kira nak bagitahu mak macam mana tak jadi dengan plan aku
tu? Tunggu mak balik..fikir fikir tak
habis lagi, macam mana nak bagitahu ni? Last,
aku pun cakap jugak lah..”mak, nana cancellah” and mak pun tanya “kenapa?” aku
terdiam. Nak bagitahu ke tak nak? Aku just jawab “takpelah, tak jadi” and aku
tersenyum. Mak macam tak puas hati pulak
dengan jawapan aku tu. Mak tanya punya
tanya. Last-last aku cerita. And aku agak dah ape yang akan terjadi. Tu sebab aku taknak bagitahu kat mak. Aku tak nak mak sedih. Sebab aku rasa sakit sangat tengok mak
sedih. Aku menyesal sangat dah buat mak
macam tu. Aku tak patut cakap.
Bila fikir-fikir balik, aku
rasa macam aku je terover sensitif. Tapi
aku yakinlah, kalau sape-sape pun kat tempat aku mesti terasa punyalah. Aku tak boleh nak publickan cerita
sebenar. “im not like that” ala-ala
amalina cakap. Huhu. Pape pun, Alhamdulillah la aku sedar jugak
kedudukan kami dalam kelompok mereka. Mungkin
kerinduan yang menggunung tu dah membutakan aku dengan hakikat sebenar. Tapi tulah sebenarnya.
Aku tak salahkan
takdir. Mungkin takdir Allah inilah
jalan kami. Takdir Allah adalah yang
terbaik. Aku tahu, disebalik segala kejadian
dan rintangan ini, ada hikmah yang aku tak nampak lagi. Allah tak tunjukkan terus hikmah tu. Tapi tetap bersyukur dengan segala peluang
yang Allah berikan dan aku pasti akan sangat bersyukur bila aku dah tahu apa
hikmahnya. insyaAllah segalanya
dipermudahkan oleh Allah.
Nota kaki: mereka takkan nak dengar cerita hantu dari
kita, yang mereka nak dengar lubang-lubang duit.
0 comments