Aku Nak Kahwin
Assalamualaikum,
Topik yang boleh dikatakan
hangat jugaklah diperkatakan sekarang. Mungkin
sebab bergaul dengan generasi umur linkungan sebaya ataupun memang topik ni hot
diperkatakan di setiap peringkat umur tak kira di mana jua. Erk, tak pasti pulak tentang tu kan. Oyeah, tak lain tak bukan topik : KAHWIN.
20? Aku rasa umur aku dah boleh kawin da. Rata-rata kawan-kawan aku kalau tanya
semualah nak kawin. Sape pulak tak nak
kawin? Semua nak. Rasa macam terlalu muda untuk aku mendirikan
rumah tangga. Tapi dah jadi satu trend
sekarang ‘Kahwin di awal usia’. Dalam umur
18-20 tu dah ramai yang mendirikan rumah tangga sekarang. Wow, bila dah ramai yang macam ni, aku pun
teringin gak nak macam tu. Haa, rasa
macam senang je nak kawin kan. Kalau rasa
teringin nak kawin, ok boleh redah je terus kawin. Mane boleh macam tu even dah cukup umur untuk
mendirikan rumah tangga. Tapi banyak
lagi benda nak kena fikir. (Kalau senang
seredah, lepas sekolah hari tu aku dah kawin dah. Dah ada anak 2 dah pun kot. Hehe.
*eh, ape aku merepek ni?)
Actually my parents selalu
gak cakap tentang kahwin kat aku. Mungkin
sebab dah umur 20, dah masuk ‘zon boleh kawin’.
Tapi, aku banyak diamkan masa tu.
Sebab aku memang tak ada calon pun ag.
Takpun, maybe sebab aku yang masih single ni membuatkan parents aku
risau yang aku tak ada calon ag. Huhu. Ntah lah, im not sure bout that. Sampai aku naik risau jugak lah. Eh, nape parents aku macam ni? Nak suruh kawin paksa macam dalam novel tu
ke? Janganlah, aku masih muda. Memanglah nak kawin, tapi nak la dengan orang
yang aku kenal. Jadi, aku just tersenyum
tiap kali tajuk tu diutarakan.
Ada satu yang buat aku
tertarik tapi..takpe lah, biar aku cerita dulu.
Baru-baru ni, ayah aku ada cakap kat adik lelaki aku yang bawah
aku. Umur dia tahun ni 18 tahun. Ayah aku pesan kat adik aku, suruh belajar
elok-elok and kalau dia dapat ‘Sijil Penuh’ untuk STPM dia, ayah aku akan
setuju untuk tunangkan dia dalam masa 2 tahun lagi. Terkejut? Ok,
aku pun terbeliak jugak lah mata ni bila dengar tawaran yang lumayan tu. Parents aku tak pernah nak tawar apa-apa kat
aku. Erk, kenapa parents aku tak pernah
tawarkan aku dengan tawaran macam tu? Agak-agak
kalau aku dapat anugerah naib canselor, parents aku bagi tak? Kalau lah parents aku tawarkan macam tu,
seriously aku akan belajar tanpa kenal erti letih.
Jadi, aku pun tak puas hati
jugak lah. Aku pun nak jugak! Mak ayah aku cakap, aku boleh bila-bila masa
je. Wohoa, sumpah macam terlompat kejap
dengar tu. Tapi, kena lah cari lelaki
yang ada duit. Sebab nak buat kenduri tu
lelaki yang kena bagi duit. Ok, dari
tersenyum terus aku diam kembali. Mana nak
cari yop yong? Komfemlah dalam umur aku
yang sememangnya takde sosial life aku kenal orang-orang yang sebaya dengan aku
je. Dalam u? Semua lah tengah belajar lagi. Dia? Pening
sekejap kepala aku fikirkan soal ni.
Bukanlah desprate sangat nak
kahwin. Tapi..
Pertama, mampukah aku
menunaikan tanggungjawab seorang isteri dan ibu di awal usia begini? Diri aku sendiri pun aku tak berapa tahu nak
urus. Tanggungjawab, bukan semudah kita
nak sebut perkataan kahwin dan isteri. Aku
takut kalau aku tak mampu laksanakan mengikut landasan Islam. Aku pernah terbaca dalam satu artikel, tapi
dah lupa kat mana. Bila kita dah
mendirikan rumah tangga, tanggungjawab tu akan lahir dengan sendiri. Sama macam ada ke rezeki kalau aku
kahwin? Nak sara hidup aku sendiri pun
aku tak ada duit. Setiap yang berumah
tangga pasti Allah akan adakan rezeki untuk mereka. Jangan kita persoalkan dari mana dan
bagaimana. insyaAllah rezeki Dia tetap
ada di mana-mana.
Kedua, restu dari
keluarga. Tinggal, duduk dan membesar
dalam masyarakat melayu. Bukan nak
mengutuk orang melayu, tapi kadang-kadang melayu ni terlampau menjunjung
adat. Jadinya, nak kahwin muda pun tak
boleh. Tapi, Alhamdulillah tak ramai dah
macam tu. Ramai jugak yang dah tak macam
tu. Dalam kes aku, mungkin kalau aku
tepati syarat-syarat mak ayah aku, on jela bila-bila masa. Tapi, syarat tu mesti ada duit. Erk, memang harapanlah nak kawin awal kan? Macam lah aku cantik sangat sampai ada orang
kaya nak? Dengan rupa paras macam ni,
orang tak kaya pun tak nak. Aku rasa,
mak ayah aku sayang nak lepaskan aku kot tu bila part aku syarat dia tinggi
pulok. Huhu. (sedikit motivasi dari pakarcinta)
Ketiga, aku masih
belajar. (sedikit motivasi dari pakarcinta) Adakah belajar tu satu
halangan? Dalam satu artikel ada
katakan, kalau kita dah kahwin, hilang satu benda bab untuk kita fikir. Bab pasangan.
Kita tak lagi akan fikir ‘siapa pasangan aku?’ ‘dia curang tak hari ini?’
‘kenapa tu kenapa ni?’ haa, banyak benda
serabut. Tapi, kalau dah kawin, takdelah
fikir benda-benda alah macam tu dah. Aku
akui dengan semua ni. Hehe. Cuma aku rasa biarlah aku lepaskan diploma,
baru nak fikirkan bab yang ni. Bukanlah nak
kata aku baik, hanya sekadar coretan. (sedikit motivasi dari pakarcinta)
Keempat, calon. Erk, kalau tak ada calon, macam nak kawin
kan? Takkan nak kawin sensorang
pulak? Setakat ni aku belum
jumpalah. Kalau ada pun, aku je yang
terlebih-lebih, dia biasa je. Aku je
tersyok sensorang, dia tak pun. Aku je
harap lebih, parents pulak tak bagi. Takpun,
dia nak, aku pulak taknak. InsyaAllah, kalau
ada jodoh Allah akan gerakkan dua hati sekali, bukan satu-satu.
Kahwin awal pada pandangan
aku, sangat bagus. Sebab boleh elak
maksiat. Biasalah, darah muda kan. Tapi setakat ni, aku hanya berani nak tulis
kat sini jela. Nak lawan cakap mak ayah
bagi ceramah tentang ni? Komfem, aku
kalah. Huhu. Mak ayah mungkin tak fikir sampai tahap tu
lagi kot. Sejujurnya aku takut dengan
segala godaan dan ujian sebelum kahwin. Kuatkah
aku? (tips kahwin muda dari pakarcinta)
Kalau ada rezeki, Allah akan
lorongkan dengan mudah. Kalau belum tiba
masanya,akan tiba masanya yang lebih sesuai.
Allah is the best planner. :)
Tapi part yang paling kena
ambil kesah ialah restu mak ayah. Takkan
kemana kalau tak ada restu dari mereka. (sedikit motivasi dari pakarcinta)
courtesy from Dena Bahrin's Blog
-read this blog, seronok. dia dah kawin and dia sekarang baru 20-
Nota kaki: terasa geli hati pulak kat twitter ni. Hehe :D
1 comments
semoga dapat jumpe jodoh cepat :)
ReplyDeleteKadKahwinOnline