Gagal
Assalamualaikum,
Dia taip dan dia backspace
kembali. Apa yang harus ditaip
sebenarnya? Dia sendiri keliru. Keliru dengan apa yang ingin
diperkatakannya. Ingin dia luahkan dalam
penulisan ini. Ingin sekali cerita itu
diluahkan tapi dia gagal. Gagal ingin
menyampaikan suara hati ini.
Tangannya seakan kaku untuk
bergerak, lumpuh untuk menaip. Tiada komunikasi
di antara hati dan otak. Maka, tiada
yang indah dapat digubah menjadi satu penulisan yang terbaik untuk ditatapi.
Duduk terdiam. Tarik nafas dan dihembusnya kembali. Mengumpul kekuatan dan ketenangan. Berbagai persoalan yang bermain dalam
fikiran. Kosong? kenapa kosong? dia berdiri.
Dia berjalan ke kanan dan ke kiri mengurangkan segala keresahan yang ada
di hati. Dia duduk kembali selepas tiada
jawapan yang dia perolehi.
Tiada kata yang dapat
dipersembahkan, tiada nada yang dapat dilagukan. Ya, tidak semua dapat dihuraikan dengan
kata-kata. Bukan, bukan ini tempat untuk
dia meluahkan rasa dan masalah. Mungkin tiada
izin-Nya untuk dia tuliskan di sini.
Astagfirullahazim.
2 comments
serious cool.. ada tempat yang betul2 kte boleh luahkan segalanya. dalam doa. =)
ReplyDeleteyes, the best way. dalam doa kita patut berserah diri mengadu pada Dia yang satu =)
ReplyDelete