Terhenti .
Assalamualaikum
jari jemarinya tidak berhenti dari terus menaip. ya, tapi apa yang ditaip olehnya? menaip untuk meluahkan segala rasa. menaip untuk menjelaskan segala keadaan yang sebenar. dia luahkan segala perasaan di dalam setiap baris ayat yang ditaipnya. sehabis baik mungkin cuba ditulisnya agar rasa itu terasa wujud setiap kali dibaca. segala rasa diseru agar rasanya diceritakan bagai kisahnya punyai nyawa. baris ke baris yang lain terus diceritakan olehnya dengan penuh perasaan. rasa takut, geram, sayang dan rindu telah bercampuk aduk menjadi satu.
sedar tidak sedar sudah satu jam dia berada di depan kekasih hatinya, lappy. kisahnya semakin memuncak. jari jemarinya semakin pantas menaip dengan penuh perasaan yang pernah dialaminya. kisahnya ini bakal sampai ke penghujungnya dan akan terluah juga segala rasa dan kisah yang tersembunyi di celah-celah hati kecil itu. ketukan-ketukan yang sebentar tadi menjadi muzik latar kepada dia telah hilang, keadaan sunyi sepi. tiba-tiba, satu keluhan nafas lega kedengaran. dia menghembuskan nafas lega kerana kisah yang ingin ditaipnya telah sampai ke penghujungnya. jari jemarinya digemgam dan buka kembali berulang kali bagi menghilangkan rasa-rasa sengal akibat sebentar tadi.
dia tersenyum kerana akal, hati serta jari jemarinya dapat bekerjasama untuk meluakan segala rasa ini. dia berkata, "pasti pembaca akan rasa kisah ini hidup tiap kali mereka membacanya." tiba-tiba dahinya berkerut, senyumnya mati. hatinya tidak sampai hati. akal warasnya kembali. tidak, dia tidak sepatutnya jelaskan ini kepada semua. tiada guna sebenarnya. satu bisikan dalam hati berkata, "biarkan ia terjadi sepertinya dan sebaiknya." ya, biarkan semua ini berlaku dengan sendirinya. tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. tiada apa yang perlu difikirkannya lagi. watak dia sudah hilang dan pastinya sudah tiada. dia sudah mati !
yeah, betul kan? tiada gunanya lagi. biarkan ia berlaku sebaiknya seperti apa yang telah ditetapkan oleh qada' dan qadar . aku harap azam aku untuk sem baru ni adalah betul. aku taknak ada kisah yang berulang setiap sem. penat owww dah nak termuntah dah nak face semua benda yang bukan-bukan ni. aku janji dengan diri aku sendiri yang aku tak akan ulang benda yang sama untuk sem akan datang . erk, perlukan ke nak berjanji dengan diri sendiri tapi publish kat sini, ha? alaaa, saje je nak tulis, kalau tak post jadi pendek. saje je nak panjang-panjangkan post. tak pe kan? kan kan kan kan boleh yeahhhhh I you tengkayu taw. eh, silap. thank you taw . aku nak matang lagi untuk sem ni. hehe. tapi kan sebenarnye, aku sedih jugak sebab kawan baik aku tak ada . kawan aku, dia mungkin tak balik uitm dah . sedih taw. aku rasa kan, sem baru ni mesti dah sikit orangnya yang batch aku la. mungkin kot. sebab, ramai yang dapat fast track dengan dismiss. ntah berapa kelas jela tinggal nanti. aku kesal jugak lah sebab tak dapat fast track. ala bukan sebab ape, tapi sebab aku tak tahu cerita orang. aku ni kan selalu je ketinggalan. ihik. orang semua dah dapat keputusan, aku baru tau fast track tu boleh mohon rupanya. laaaa kenapa tak de sape pun yang bagitahu aku? takpelah. takde rezeki kan? lupekan jelaa .
semalam kan, aku pergi lepak dengan miera kat rumah dia. alaaa, miera nasir tula. kawan aku tu. ihik. yang paling pelikkan, banyak betul kucing datang kat tempat kitaorang sembang. makin lama makin dekat pulak kan. sampaikan miera pun naik pelik dengan keadaan sedemikian aku ape lagi, dah naikkan kaki aku dan bersila lah atas kerusi tu. takut! haha . miera cakap nak datang rumah hari ni. tapi takde pun dapat text dari dia. mungkin dia busy kot hari ni. takpelah. biarlah aku keseorangan layan cerita 'scent of woman' lakonan Lee Dong Wook yang hensem kacak lagi bergaya . serious cerita ni seronok. kalau nak tahu, sila tengok ya. seronok. tak mengantuk tengoknya. hehe. aku tertarik jalan cerita dia dekat heroin tu. ahhh aku tak kenal la sape heroin tu. cerita dia, dia ni disahkan menghidap penyakit barah a.k.a cancer. jadi, doktor estimate dia dapat hidup dalam masa 6 bulan je lagi. jadi lagi, dia ada 20 benda nak buat sebelum dia mati. menarikkan? memang menarik. haaa, serious taw seronok
ok, idea aku dah kering , aku dah tak tahu nak tulis apa. so, aku nak sambung dan concerntrate kat cerita korea tu tadi. nak join? moh le. hehe. bubye semua
0 comments