Mainan Hati, Menganggu Jiwa
Kadang aku
keliru dengan langkahku. Kadang aku
keliru di persimpangan berliku.
Kadang aku
lelah untuk terus setia. Kadang aku
penat untuk terus terluka.
Ingin aku
tinggalkan semua yang bermain hati. Ingin
aku pergi dari terus disakiti.
Aku serabut
dengan pelbagai andaian. Aku tak terdaya
dengan pelbagai ujian.
Ya, aku
lemah. Aku tidak lagi terdaya.
Kini aku
termenung di persimpangan. Aku harus
buat pilihan. Terus atau kembali. Bagasi sudah ditangan. Kasut sudah tersarung. Namun hati aku masih ragu-ragu. Bagai ada gam yang melekat di tapak
kaki. Aku sayang. Ya, aku sayang. Tapi kenapa aku diperlaku sebegini. Aku keliru lagi.
Aku cuba isi
dengan yang lain. Namun aku gagal. Hanya bayang kamu yang menghiasi. Aku tak terdaya tanpa kamu namun aku masih
mampu hidup tanpa kamu dan itulah hakikat.
Salah aku atau salah kau?
Aku. Ya, hati aku terlalu rapuh. Hati aku mudah ditiup angin. Hati aku yang tidak kuat. Kamu. Ya,
jangan biar aku pergi. Pegang erat
tangan ku. Peluk kejap tubuh ku. Jujur dengan aku tentang rasa mu. Tuluskan cintamu padaku. Lihatlah aku. Tarik bagasi ku dari pegangan ku. Pimpin aku kembali.
Bangun. Bangun dari mimpi yang tak pasti. Apa harus aku lakukan? Ya Allah, aku tidak
tahu. Sungguh aku keliru dan terlalu
keliru. Aku mohon padaMu, jangan
hantarkan aku dengan pilihan, tapi tunjukkanlah aku dengan kebenaran. Sekali lagi ianya hadir tapi aku tahu
kebenarannya.
Jawapan aku
apa? Bersendiri berlapikkan senyuman palsu. Bersama mencipta langkah yang baru. Terluka dengan jerat buatanku. Ya, aku masih keliru. Haruskah aku guna dadu. Atau mengadu.
Tapi aku malu.
Lelah. Penat. Bukan
sekadar teman yang aku dambakan. Tapi seorang
bakal suami yang lebih aku perlukan.
0 comments