Info Kesihatan: Kolagen Rumpai Laut
Assalamualaikum..buat
ape tu? Tengah masak? Wahhh rajinyyaaaaa heeee. Cik RN tak berkesempatan nak
masak hari ni. air takdo pulok. Erghh. Geram. Banyak kerja tergendala. T_T
Hari ni
sementelah tak banyak kerja yang dapat dibuat, dapat lah meluangkan masa untuk
tonton Wanita Hari Ini (#WHI) kat TV3 (@TV3Malaysia). Hari ni 24 April 2013, bersamaan hari Selasa,
tajuk dia tentang Rumpai Laut Kolagen. Sejauh
mana kolagen mampu menyihatkan kulit kita?
menarik kan? Jadi tertarik lah
nak letak tajuk kolagen kat blog ni haa. (Klik Sini)
Before ni,
memang Cik RN pernah cuba guna Rumpai Laut Kolagen pun. memang berkesan. Bukan nak kata apa, tapi memang nampak kesan
lah. Kulit pun bertambah baik dalam masa sebulan boleh nampak kesan dah. Tapi ada jugak setengah pengguna yang dalam 2
minggu dah boleh nampak kesan. Mungkin
dia bergantung pada kulit dan tahap
kesihatan kulit.
Sekarang ni
memang tengah hangat tentang isu Kolagen Rumpai Laut. Sana sini ada orang jual. Boleh dikatakan senang jugaklah nak
dapatkan. Nak beli online pun banyak
ramai yang jual. Tanya je pakcik google
tu, terus pakcik tu bagitahu kat mana boleh beli. Tapi yang ni kolagen yang telah dikering dan
diproses namun masih boleh digunakan dan elok.
Sekali lagi tapi, hati-hati, ada yang telah dicampurkan dengan bahan
kimia, yang tu memang akan buat kita bertambah teruk. So be careful keyh.
Kalau kat
Sabah, orang-orang kat sana makan Kolagen Rumpai Laut ni sebagai dessert tanpa
dikeringkan. Yelah, kalau sampai sini
tak dikeringkan, acano gayonyo kan? Kenalah
dikeringkan. Kolagen Rumpai Laut ni
banyak khasiatnyaa. Tak dinafikan oleh ahli2 R&D. elok untuk Kolestrol, memang kolestrol boleh
turun lah. Lagi elok untuk
sembelit. Haaa yang ni memang ternyata
betul. One of my family members la,
lepas makan je kolagen, memang terus hilang masalah sembelit. Kuasa Allah, Alhamdulillah. Selain itu, kolagen jugak elok untuk pesakit2
jantung. Kalau untuk kulit, slow2 dia
akan membantu membaiki kulit kita. dia
menganjalkan kulit, menghaluskan kulit, mencerahkan kulit..hmmm mcam2 lagi lah. Tu sebab produk kecantikan banyak menggunakan
kolagen untuk pasarkan produk mereka. Kolagen
amat baik untuk kulit dan kecantikan.
- boleh dimakan
- boleh dicampur dalam minuman
- boleh dibuat scrub muka dan
mandian
Elok untuk
dalaman mahupun luaran.
Kolagen
Rumpai Laut ni, ada 3 warna, putih macam kekuningan, ungu, dan hijau. Tapi mengikut kata professor dalam tv tu kata, tak ada bezanya,
sama sahaja. Cuma pigment dalam tu yang
membezakan kolagen2 demikian. Tapi,
dengar cerita, dalam TV3 tu kate, dalam Rumpai Laut tak ada Kolagen. Erk, betulkah? Menurut maklumat dalam TV3 tadi, Rumpai Laut
tak ada kolagen tetapi kaya dengan protein dan karbohidrat. Dia membantu memperbaiki dan mengekalkan
kolagen dalam badan. Sebab, apabila umur
kita mencecah 30 tahun, kandungan kolagen dalam badan akan turun secara
mendadak. Jadi eloklah kalau mengamalkan
dari awal. Elok di ambil pada waktu pagi
masa perut tengah kosong dan sebelum tidur. (Klik Sini)
Namun, ada
juga yang berpendapat kolagen yang disediakan sendiri mungkin membawa kesan
positif dalam masa singkat namun akan memberi kesan dalam jangka masa
panjang. Hal ini demikian adalah kerana,
Kolagen Rumpai Laut mudah dijangkiti bacteria.
Sebab, kita tidak tahu sebelum kita beli, bagaimana penyediaan mereka,
bersihkah? Dijamin tak ada bacteria
kah? Emm betul jugak kan.
Apa-apa pun,
sejauh mana berkesan produk itu pun, yang memberi kesembuhan itu tetap Allah
SWT. Alhamdulillah. Sedikit info untuk dikonsikan. Cik RN pun masih mencari realitinya tentang
Kolagen Rumpai Laut ni.
Ada ke tak
kolagen dalam rumpai laut? (Klik Sini)
0 comments