Info Cinta: Ketahui Apa Yang Lelaki Suka
Assalamualaikum..sihat
ke? Hee
Ok, kali ni
tanpa membuang masa yang memang sedang membazirkan masa ni, Cik RN nak kongsi
sikitlah tentang info cinta. Wow, cakap
pasal cinta kot? Bwahaha. Cik RN tak pro
dalam bab cinta. Tapi dah masak sangat
lah perangai2 senonoh tak senonoh orang bercinta ni. kali ni nak cakap pasal, apa yang lelaki suka
sebenarnya. Yelah, kita sebagai
perempuan biasanya mesti nak lelaki means special boyfriend kita fahami kita,
puji kita, cakap sayang kat kita, ambil berat tentang kita, ingat birthday
kita. macam2 lah kan, perempuan ni nak
manja saja. Hehew.
Cuba fikir
jap, adil kah sesuatu perhubungan tu, kalau satu pihak je yang memahami tapi
satu lagi tak. Ibarat macam kita konon
faham sangat si dia, tapi dia tak faham kita, apa perasaan kita? tak adil bukan? So, macam mana kita nak faham si jejaka
ni? nak bagi adil. Apa yang lelaki suka dengar dari kita? macam mana nak tunjuk yang kita faham si dia?
Jadi, Cik RN
akan cerita macam mana nak faham hati si jejaka, cara-caranya ialah:
“dan antara
tanda-tanda kekuasaan Allah adalah menciptakan untuk kamu isteri-isteri
daripada jenismu sendiri. ini supaya
kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan rasa kasih dan
sayang antara kamu. Sesungguhnya pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda untuk kaum yang berfikir” –
Surah Ar-Rum, ayat 21
Menenangkan Jiwa Lelaki
Biasanya lelaki
mudah berasa tertekan, mungkin tekanan itu datang daripada pelajaran, kerja
mahupun masalah peribadi yang lain. Dan situasi
ini akan membawa mereka ke arah kekecewaan.
Jadi, siapa yang sepatutnya menenangkan mereka? Tidak lain dan tidak bukan, mestilah kaum
hawa ataupun perempuan. *smile kaum hawa*
Memberi Kata-kata Semangat
Dalam kehidupan
sehari-harian, seorang lelaki akan berusaha melakukan sesuatu yang mungkin dapat
membantu diri, keluarga dan rakan-rakannya.
Kadang-kadang apa yang dilakukan oleh mereka akan berjaya dan adakalanya
juga akan menemui kegagalan. Sekiranya mereka
telah berusaha tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan, pada saat ini kaum
hawa lah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk meyakinkan para lelaki bahawa
mereka sebenarnya telah melakukan yang terbaik dan masih tiada rezeki dan kaum
hawa perlu memberi kata-kata semangat supaya para lelaki tidak mudah putus
semangat.
Perunding Imej/ Penampilan
Lelaki era
kini amat mementingkan penampilan, dan paling hot sekarang, nak ala-ala
kpop. Wahhh gitu. Ini bukan sesuatu yang baru tetapi lelaki
masa kini amat menitikberatkan soal penampilan diri. Tidak perlu dipersoalkan kesanggupan mereka
untuk sentiasa kelihatan segak di khalayak ramai. Pada saat ini, tidak salahnya sekira kaum
hawa memberitahu atau memberi pujian kepada mereka, bahawa mereka kelihatan
kacak dan menarik agar usaha mereka itu dihargai, “awak nampak sangat handsome”
(pasti lelaki sangat suka kalau kata mereka handsome). Sekiranya kita tidak suka, janganlah tegur
secara kasar, tegur secara baik.
Menonjolkan Keberanian Lelaki
Seorang lelaki
yang gentleman (bukan lagi PSY ye) akan sanggup buat apa sahaja even
menggadaikan nyawa mereka untuk memberikan perlindungan terhadap orang yang
mereka sayangi. Para gadis ataupun
wanita, bolehlah memberitahu bahawa mereka ini sangat berani. Ingat, lelaki sangat berbangga andai mereka
hebat di mata orang lain. Jadi, kata-kata seperti ini lelaki amat menyukainya.
Menonjolkan Kekuatan Lelaki
Kaum hawa
boleh memberitahu kaum lelaki bahawa mereka adalah golongan yang boleh
diharapkan dan seorang yang gagah. Kenapa?
Kerana kerja-kerja berat lazimnya dilakukan oleh lelaki, dan tergamakkah lelaki
nak melihat kaum perempuan buat kerja berat? Tak gentleman lah kan. Jadi, untuk
tidak nampak kasar, kaum hawa boleh memberi kata pujian tentang kekuatan mereka
supaya mereka tidak memberontak. Biasalah
lelaki ni pantang kalau nampak lemah depan wanita.
Haaa itulah
serba sedikit maklumat yang dapat dikongsikan bersama dan harap dapat membantu
sesiapa sahaja di luar sana ye. Heee. Em, lagi satu, lelaki ni pantang kalau
orang kata family dia. So, jangan sebut
depan mereka walaupun anda tidak suka apa-apa sahaja yang berkaitan dengan family
dia. Pantang mereka kalau kita
merendahkan atau mengata family mereka.
0 comments