Sahabat, Kau Buat Aku Kenal ...
Assalamualaikum,
Hari ni mood aku agak sedih.
terkejut dengan berita tu. Seriously,
macam tak percaya pada mulanya. Keep thinking
bout it and keep asking “why?”. Aku ingatkan
sekadar gurauan. Rasa tak logik.
*wait a minute, cerita apa yang nak cuba sampaikan ni? tak faham lah. Ceritalah, bagi kami semua faham.
Err, sorry sorry. This post is
bout my friend. my best friend. kalau pun dia tak anggap aku ni kawan baik
dia pun, aku tetap anggap dia kawan baik aku.
Aku tak akan jumpa kawan yang baik macam dia lagi da. Kawan yang baik macam dia ni, pada aku, dia
seorang je. no one can replace him !
*him? Lelaki? Aikk…
Haaa haaa jangan nak fikir lelebih pulak. Yes, lelaki.
Kenapa? Lelaki dengan perempuan
tak leh jadi kawan ke? Boleh je. takde tangkap cintan pun. huhuk.
Ok, drop the subject. Sambung balik
yang tadi. First masuk kelas tadi,
tengok dia memang tak ada. so, anggap
macam mungkin dia malas nak masuk kelas hari ni. tak ambil kisah sangat lah. Then, one of my friends cakap, “dia dah
Quit. _____ cakap tadi. Tak tahu lah betul ke tak.” What? Are
u serious? Memang set dalam otak this
was a joke! Then, my kawan cakap,
cubalah tanya kat kawan dia. So, aku
pergilah tanya kawan dia yang paling rapat.
“_____ mana?” “dia dah Quit dah.”
“ha? Kenapa dia quit?” kawan dia
hanya senyum tanpa memberi jawapan. Takkan
nak paksa pulak sampai nak cekak tengkuk dia pulak kan. So, aku hormat seorang kawan yang memegang
amanah. Itulah namanya kawan.
Ada jugak cuba text dia, and tanya kan kenapa, tapi dia tak memberi
sebarang respon. Takde niat lak nak
desak. Mungkin dia ada sebab tersendiri,
aku faham. Tapi aku cuba nak ambil
berat, kenapa sampai jadi macam ni. aku
kenang sebab dia banyak jugak tolong aku dalam bab pengurusan diri dan jiwa
dalam menempuh usia remaja ke alam dewasa.
Aku salute bila ada kawan macam ni.
dia seorang yang sangat baik.
Eh, aku buat post macam dia dah tak ada kat dunia pulak. Agak kurang ajar ya di situ. Aku cuma rasa agak sedih dengan berita
ni. ye la, sape pulak tak sedih kalau
hilang kawan kan? Aku akui, lepas je
tahu, aku banyak fikir tentang dia.
Dia baik. Berapa kali dah aku
cakap dia baik ni? tapi dia memang
baik. Kawan-kawan aku pun cakap macam
tu. Dia baik, ok aku tak tahu yang ke
berapa kali dah ni. aku akan terus
memuji tanpa membilang supaya aku tak akan rasa pujian itu sudah sampai
limitnya. Dia ajar aku untuk membaca
artikel-artikel yang berunsur Islamik. Dia
ajar aku untuk membaca blog-blog dan penulisan Islamik. Dulunya aku agak berat dan hanya pandang kat
hujung mata je tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Islam. Tapi dia ajar aku, penulisan berunsur Islam
tu sebenarnya lebih menyentuh tangkai jiwa.
Aku fikir Islam dan Cinta tak boleh bersatu. Tapi dia ajar aku, Islam dan Cinta saling
berkaitan. Kata-kata dia cuba
menyampaikan ajaran Islam secara tak langsung.
Kata-kata dia yang mengingatkan aku kepada Allah buat aku rasa tenang. Telinga dia sentiasa sudi nak dengar aku
merepek nta apa-apa tambah lagi bab cintan cintun. Dia doctor cinta sebenarnya. Hehe. Walaupun
berkaitan dengan cinta, tapi tetap ada Islam di situ. Dia bijak meneka apa yang aku rasa. Dia menaikkan semangat aku bila aku nak
jatuh. Dia sedarkan aku tentang ego
seorang lelaki. Kata dia, dia seorang
lelaki, dia tahu apa yang lelaki rasa. :)
Korang nga duduk-duduk diam, korang kenang balik, senang tak nak dapat
kawan yang cuba mengingatkan kita kat Allah?
susahkan zaman sekarang ni? aku
jumpa dia, aku dapat artikel dari dia. Slow-slow
aku yakinkan diri aku dengan segala takdir yang menimpa. Aku cuba kaitkan segala apa yang berlaku
dalam hidup aku dengan artikel-artikel yang dia bagi aku baca dan yang aku baca
sendiri.
Nampak macam tak seronok lak ea nak kawan dengan orang islamik macam ni
eah? Haha. Hey, sape kate orang macam ni tak funny? Funny lah.
Dia kawan yang sangat best. Dan tersangat
best! Seriously and frankly speaking,
dia kawan yang terlalu dan tersangat best pernah aku jumpa. Huhu melebih pulok. Korang mesti fikir aku dah tersyok kat dia
kan? Taklah. Cuba open minded sikit fikir tu. Huhu. Aku
tahu hati aku, aku tahu hati dia, dia tahu hati aku. Aku baru je rapat dengan dia, tak terlalu
rapat. Tapi perkenalan yang singkat ni,
aku tahu jugak sikit-sikit tentang dia. Agak
keterlaluan kalau aku kata aku tahu semua tentang dia. Aku bukan tukang tilik. Tapi aku bersyukur Allah bagi aku peluang
untuk ada kawan seperti dia. Aku buat
post bukan sebab aku ada hati or pape yang orang lain cuba simpulkan, aku hanya
nak kenang dia dalam hari-hari aku. Aku tak
nak lupa aku pernah ada sahabat seperti dia.
Sahabat,
Terima kasih kerana ingatkan aku tentang Allah. terima kasih kerana bagi aku kenal
artikel-artikel yang menarik tentang Islam.
Terima kasih atas segala nasihat dan pandangan serta luangan masa yang
telah diperuntukkan. Aku di sini, doakan
dia tetap berjaya dalam apa jua yang dia cuba ceburi. Semoga masa depan dia tetap cerah dengan
jalan yang dia telah pilih. Aku rindu
untuk punya sahabat seperti kamu. Andai kamu
hilang tempat bercerita, ingat, aku sentiasa ada masa untuk itu. My doa-doa is always with you my dear friend
:>
*siapa nama dia? Let it be a secret. Kalau secret, takleh gtau kan. :’>
3 comments
=)
ReplyDeleteHensem x? xkenalkan kat kte pun.hu3...
ReplyDeletekte pun de gak kwan camtue tapi girl la.ahaks~
ahaks..hensem2..usaha tangga kejayaan !
Delete