Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Hargai Waktu Yang Ada :)

by - 10:06 PM

Assalamualaikum :)

Jam berapa minit nak masuk tengah hari dah.  Tapi perut kenyang lagi, tak lapar.  So, takyah masak lagi.  Sarapan pun masih ada lagi kat dapur tu.  Kalau budak tu bangun, suruh jela dia makan sarapan tu.  Siapa suruh bangun lambat kan?  Tu jela rezeki yang ada.  eh, kenapa pulak tetiba perut aku pedih ni?  takkan lapar kot.  Kan da makan tadi.  Mak dah balik, so sampai da masa untuk abang aku balik ke rumah dia.  Abang aku duduk Penang atau bahasa melayu nye Pulau Pinang, takpun dalam mandarin Bincheng.  Rasa sekejap je dia kat rumah.  Padahal dah 4 hari.  Tapi kalau tolak tambah masa perjalanan abang aku, sebenarnya 3 hari je.  alaaaaa..lama la lgi kat sini.  Sekejap sangat :( nak pergi sana pun aku dah nak masuk kolej balik da.  Mak ayah aku pun sibuk memanjang dengan hal mereka.  Memang tak dapat nak curi masa nak pergi sana.  Yela, bila dah terikat dengan kerja macam ni la jadinya.  Aku nanti pun macam tu jugaklah agaknya.  Lambat lagilah.  Belajar bagi pandai dulu, baru nak kerja.  Hehe.

6 Jun 2012.  Dah nak tamat cuti sem aku yang 2 bulan setengah ni.  lama betul cuti kali ni.  sampai naik lembab otak aku dah.  Walaupun bosan, aku tak excited nak masuk kolej balik.  Aku rela cuti lelama kat rumah ni.  tak sanggup nak face sem baru ni.  huarggh !  aku rasa macam sem ni berat je, dengan event dengan eko.  Woah!  Tak sanggup la pulak nak face.  Tapi takkan la nak berhenti pulak, lagi 2 sem je lagi ni.  sayang la kan.  insyaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk habiskan study.  Countdown nak masuk u ni lagi 4 hari je lagi.  Rasa tak sabar nak masuk kolej ni haaa.  =.=’ FAKE !  haha.  Kalau la kan..kalau laa kalau aku ada boyfriend a.k.a teman lelaki a.k.a kekasih hati confirm la aku punya excited terlebih nak balik kolej ni.  yela, tak sabar nak jumpa buah hati pengarang jantung kan.  Tapi tu la, tak ada.  tu yang takde excited sikit pun.  teruja pun tak.  Rasa-rasa macam sebulan awal ni aku rasa aku akan rajin balik rumah.  Hehe.  Kalau mak ayah aku taknak ambil aku, aku dah ada plan lain.  Jeng jeng jeng ~ aku akan jalan kaki pergi ke depan tu, lepas tu aku akan tunggu bas kat bus stand (teringat kat iman pulak hihik).  Bila bas da sampai, aku akan naik dan tunggu.  Nanti dah sampai dekat area tempat aku tu, aku akan tekan loceng dan turun.  Bila dah sampai depan, apa lagi calling2 la my mom or dad untuk ambil kat depan.  Dah buat sekali, takkannye parents aku bagi dah naik bas tu.  Confirm lah lepas tu mak ayah aku rajin nak ambil nanti.  He he he he he

Saat semakin berjalan, minit semakin bertambah.  Itu bermakna saat untuk aku pulang ke kampus sudah semakin hampir.  Tapi, barang satu pun tak pack lagi.  Harapan la aku nak kemas sekarang.  Semalam, lepas bagitahu kat mak yang aku dah dapat kolej, terus mak aku bagi 2 beg besar suruh kemas barang.  Mak nak halau aku ke apa ni ek?  Bukan satu, tapi dua !  beg tu sekarang ada kat hujung katil aku.  Sentuh pun tak lagi.  Baju apa nak bawak berapa apa semua tu aku tak fikir lagi.  Nanti lah, esok2 aku kemas lah.  Rasa malas membuak-buak.  Layan novel ‘Kurela Cinta Ini Bertamu’ lagi best.  Seronok !  caring + sweet ! haha.  Aku nak laki macam ni la.  Harapan la kan?  =.=’ ~ biasalah, novel.  Dah nama pembacanya perempuan, mestilah watak lelaki tu vogue kan.  Hehe.  Hensem, pujaan ramai, anak orang kaya, ada syarikat sendiri.  fuyoooOO!!  Siapa yang tak tergoda dapat bayangkan watak macam tu kan.  Lepas tu, watak perempuan pulak kononnya biasa-biasa je.  waaahhh bertuah la perempuan tu.  Kadang-kadang aku terfikir gak nak jadi macam dalam novel tu.  Hehe.  Macam best je.  tapi… bertuah la kalau aku dapat hot stuff macam tu kan.  Taknak la aku.  Wekkk.  Yang penting hati dia hot stuff.  Haa yang tu aku nak la.  Hihik.  Gatal pulak tetiba.

So, sem baru, azam baru la.  Eh, ingat tahun baru je ke kena ada azam baru.  Sem pun kena ada taw.  Baru ada matlamat.  Bila ada matlamat, nanti boleh nampak la liku-liku perjalanan yang bakal ditempuh dan samar-samar jela.  Azam aku ialah….rahsia.  hehe.  Mane bole bagitahu.  Rahsia la.  Aku dah tak nak jadi macam sem-sem lepas.  Serious macam buang masa.  Last-last siapa yang susah, aku juga.  Serik-serik.  Aku rasa dah umur 20, aku kena focus kat masa depan aku.  Eh, aku dah mula cakap pasal masa depan laa.  0.o?

Jari kelinkin aku dah sakit.  Aku nak berhenti la.  Petang nanti nak berjalan la pulak rasanya.  Pegi seri iskandar pun ok. Haaa ha ha hari-hari aku pergi ke situ.  Nak kemana lagi dah tu tempat aku, aku tinggal kat sini kan.  Biarlah aku tau sesetengah daripada kawan-kawan aku benci tengok seri iskandar tu, aku tetap sayang seri iskandar tu.  Haha.  Mane tak bencinye deme tu, dah kene balik kampus.  Hewhew ~

Daa ~



You May Also Like

2 comments