Luka Disebalik Senyuman
Hati kecewa bibir tersenyum,
Jiwa gundah senyum terukir,
Bukan aku menidakkan perasaan,
Cuma kepura-puraan itu perlu.
Kata sayang kata rindu,
Semuanya untukmu,
Namun ku perlihatkan bukan untukmu,
Semuanya punya sebab tersendiri.
Kau kian menjauh bila ku kata cinta,
Mengapa terjadi kau salah sangka,
Bukan berteman ku hanya ingin berkawan,
Adakah rasa itu sebuah kesilapan?
Aku berlakon aku berpura,
Aku cintakan dia bukan dirimu,
Bukan kerana ingin mendekatimu,
Kerana aku takut jauh dari kamu.
Namun kini semuanya berakhir,
Kau langkah pergi dariku,
Sangka aku sudah bahagia
Namun kamu salah sangka.
Hakikat tetap harus terima,
Yang pergi bukan kerelaan,
Namun siapa aku di matamu?
Aku hanya pengemis cinta.
Kau dipuja ramai,
Aku dipinggir mereka,
Kita tidak setaraf,
Puas aku menyedarkan diri.
Wahai perasaan keanak-anakan,
Jangan kau bermain api,
Kelak akan makan diri,
Marilah kita mengundur sepi.
-RN'S
nota kaki: belek2 file, baca semua sambil tangan menulis assignment (mesti korang kata aku menipu sebab membaca sambil menulis, yes mmg aku tipu. aku buat selang-seli. ha ha) aku terjumpa ni. kikih. zaman Pra-sejarah punya nukilan. huhuww. :D
0 comments