Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Dunia Kini

by - 9:24 PM

Hari ini ialah Dunia Kini.

Yang pegang botol diagungkan,
Yang memberi nasihat disyaitankan.

Yang menghina dibanggakan,
Yang cuba menyelamatkan diibliskan.

Apabila ditegur, lagi dan lagi mencari kesalahan pemberi nasihat.
Seolah-olah mereka sahaja yang hebat.

Tersenyum bangga seperti mereka yang teragung,
Hakikat sebenar seluar rabak di punggung.

Kepala mereka berbalut dan berhijab labuh, dikatakan syaitan bertopengkan manusia.
Berseluar pendek dan berpeluk tubuh bertemu tubuh, dikatakan mereka malaikat dari syurga.

Bercakap berbangga, perut mereka yang kembung,
Lurus dan percaya, badan mereka yang cengkung.

Ini dunia akhir zaman,
Sedar atau tidak rakan-rakan,
Inilah pengakhir zaman.

Tong kosong dijadikan ketua,
Yang tegap dijadikan hamba.

Usah hanya takut dengan kiamat,
Tapi gentarlah dengan hidup yang entah bila akan tamat.

Usah hanya takut, gentar dan lupa,
Persiapkanlah bekalan-bekalan yang perlu di sana.

Astaghfirullahazim..


You May Also Like

0 comments