Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Kenangan Yang Menjadi Rahsia

by - 5:15 PM


Assalamualaikum W.B.T :)

Masa takkan berpatah balik ke belakang dan masa akan terus berjalan ke depan.  Masa takkan menoleh, takkan berhenti untuk kita.  ya, masa itu emas.  Masa yang di belakang adalah satu memori.  Satu memori yang menjadi satu sejarah.  Satu memori yang menjadi kenangan buat kita.  mungkin kenangan manis, mungkin kenangan pahit.  Kenangan yang mematangkan kita, kenangan yang mengajar kita 1001 erti kehidupan.  Bila kita sudah berada di depan, kita mesti ingat, setiap yang berlaku dengan izin Allah, setiap yang berlaku adalah ujian dari Allah.  kadang puas kan kita mengeluh?  Tapi tak dapat jawapan.  Tapi terfikir tak kita, yang itu semua aturan yang telah ditetapkan oleh Allah?  pernah juga aku penat bertanya, terasa sesak dada memikirkannya kenapa dan mengapa.  Tapi jawapan yang akan menenangkan hati kita balik ialah “semua ini berlaku kerana Allah”.

Aku berkata bukan kerana aku alim, bukan juga ilmu di dada penuh.  Tidak sama sekali.  Hanya satu nota untuk mengingatkan diri aku sendiri.  mohon kemaafan sekiranya ada kesalahan di mana-mana.

Di pagi yang indah cukup buat aku terkenang dengan bermacam kisah yang lepas.  Pelbagai yang telah aku tempuh, pelbagai benda telah aku sia-siakan.  Nak berputar kembali masa ke belakang, memang tidak akan terjadi sama sekali.  Hanya khayalan dan hanya mimpi seperti di dalam cerita katun doraemon.  Tak salah mengenang kenangan? Ya. Tak salah.

Bila bicara soal hati, tak ramai yang memahami.  Tak ramai yang akan mengerti apa yang bergolak di sudut hati.  Pada siapa aku ingin meluahkan rasa ini?  Aku pun tidak pasti.  Aku pun tidak jumpa cari.  Ya, itu satu kenangan dan aku merindui kenangan itu.  Terhenti aku membina satu kenangan yang manis di saat aku hanya terlanjur satu kata.  Akibat mulut badan binasa.  Hati aku memberontak bila rindu itu melonjak.  Mengapa sering aku melakukan kesalah demi kesalahan?  Ingin aku luahkan, ingin aku menjerit.  Biar ia semua terluah, terlepas dari kotak hati yang terkunci rapi.

Namun aku tidak mampu, kerana aku percaya, tak semua kata boleh diluahkan, tak semua kata boleh dikongsikan.  Setengah cerita lebih baik ianya terus tersimpan.  Bukan rasa cinta yang sedang ku sampaikan tapi ianya satu kenangan yang aku tamatkan.

Terkadang hatiku bertanya, salahkan aku?  Besarkah salahku? Aku mengeluh.  Aku tak tahu, mengapa tiada tersembunyi di saat itu.  Mengapa aku tidak dapat mengawal, ya sering aku tidak dapat mengawal.  Dan pada akhirnya aku menyesal.  Menyesal dengan keterlanjuran ku.  Keterlanjuran kata-kata.  Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata?

Ingin ku menyesali memang tiada guna lagi.  Semuanya tetap berjalan.  Semuanya tetap tidak akan kembali.  Aku masih tidak nampak hikmah di sebalik ini.  Tapi aku yakin, satu hari nanti aku akan nampak hikmahnya.  Kerana ya, perubahan itu terlalu ketara dan aku sedar itu menjadi kesalahanku.

Aku termenung, pandangan aku kosong namun ada yang memenuhi fikiran ku.  Fikiran yang dipenuhi dengan persoalan dan pencarian jawapan.  Tanya pada hati, tanya pada otak.  Hati dan otak bekerjasama.  Mengapa perlu diingat lagi perkara yang sudah lepas, ayuh bangun !  jangan terus mengeluh !  seminit aku mengingati kenangan itu, sesaat pun di sana tidak terkesan dengan tiadanya aku di dalam hidupnya.  Aku umpama dahan bagi burung yang singgah sebentar mencari redupnya dari sang matahari.

Bila ku bicara sendiri, ku mengharap ada sumber kekuatan yang bakal menghampiri.  insyaAllah. 

masa umpama satu perjalanan yang tiada hentinya dan tidak akan berpatah kembali

You May Also Like

0 comments