Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

21.12.2012 sejauh mana kebenarannya?

by - 1:37 AM

Assalamualaikum W.B.T :)

ok nak dijadikan cerita tazkirah kelas akaun pagi tadi tajuknya 21.12.2012 tarikh Qiamat mengikut kalender Mayan (disampaikan oleh Afiq).  sebenarnya Cik RN tak pernah tahu pun tentang tarikh tu, means apa akan jadi kononnya.  seriously, baru tahu pagi tadi.  time afiq sampaikan tu, rasa macam "Ya Allah..dosa aku banyak lagi..amalan aku tak banyak..aku tak bersedia lagi Ya Allah.." rasa nak nangis.  sepanjang kelas tadi, rasa banyak fikir tentang tu dari belajar akaun.  terfikir, betul ke?  kalau betul macam mana?  dah cukup ke semua tanda2?  this friday!  ya, hari Jumaat.  memang betul dah hari tu.  keep thinking macam dah terpengaruh.  but, sempat jugak tangkis, "Ya Allah..aku sepatutnya percaya padaMu.." sedangkan nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W pun tidak tahu tentang bila datangnya hari Qiamat.  siapa kita yang cetek ilmunya untuk menetapkan tarikh jatuhnya Qiamat?  rasa khilaf di situ.

then, google punya google..cari kat twitter apa yang orang cakap tentang 21.12.2012..banyak..memang most cakap pasal DOOM DAY !! hati-hati semua, bimbang takut syirik..




antara sedikit pendapat dan pandangan dari yang lain.  tapi dari asyik kita fikir bila? bila? bila?  lebih baik kita fikir amalan yang kita nak bawak ke sana.  cukup dah?  lebih baik kita fikir yang tu..

so kat sini kita boleh dengar pendapat yang Cik RN kira dapat menjawab persoalan2 yang telah kita lontarkan tentang 21.12.2012 :)


selamat berkongsi ilmu :)

sumber: youtube

You May Also Like

1 comments