Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Takkan Selamanya Indah.

by - 5:09 AM

Assalamualaikum,

wah dah lama rasanya Cik RN tak online kan diri.  mesti ramai yang rindu kan?  (krik krik krik krik krik krik) haaa..ok foine~  tak tahu nak cakap apa.  malas nak online.  sebab apa?  sebab banyak lagi nak buat.  banyak lagi perkara nak kena settle kan dari sibuk2 nak bergosip di pacebuk dan twider tu.  dosa yang ada ni pun tak habis lagi mintak ampun.  amboiai Cik RN.  haha.  kali ni tak nak post panjang2.  sebab (ok sebab lagi) ni pun curi2 masa nak online, kot2 mau tenang sikit kepala ni aih.

firstly, Cik RN nak mintak maaf kat kawan Cik RN.  im really sorry sebab dah terkasar walau awak tak buat salah pun.  just i can't control my emotion.  too emotional.  sorry again.  saya malu sebenarnya dengan awak dengan apa yang saya dapat.  ewmmm malu.  lagi pun masa tu macam tengah down and idk why saya text mcm tu pulak kat awak kan.  emmmm malu lagi sebenarnya.  so, saya betul2 mintak maaf :)  (sweet tak saya mintak maaf kat awk dalam blog.  haha)

secondly, nak mintak maaf kat sape2 yang text or call or tweet or dm or pm or whateverlah cara awak2 semua contact saya, tapi tak berjawab ataupun lambat respon.  tengah banyak masalah and tengah mencari-cari jalan menyelesaikan masalah2 yang bertimbun ni.  mohon Allah memberi kekuatan untuk Cik RN serta keluarga menempuh semua ujian dan cabaran ni.  Cik RN tak fikir Cik RN mampu berdiri tanpa sokongan keluarga.  and, really sorry kalau terasa dengan cara layanan yang Cik RN bagi.  even myself, I cant handle.  im so sorry.

thirdly, thank you to my big abg, hehe.  abang didi.  erm excuse me, dia abang kandung saya (ok, takde sape tanye pun kan?) thank you sebab sanggup telefon adik dia ni walaupun penat bekerja and topup terkorban gara2 adik dia takde kredit yang mencukupi untuk mengadu hal.  dah2 mengadu habis, siap dapat ceramah/ nasihat percuma lagi tu taw.  huhu.  i love you my abang !

fourthly, (salah ke betul ke tak betul eja tu?) time kasih kat si dia, sebab ada dengan Cik RN time2 kronik and dengar dari mula menanges sampai la dia pujuk jangan nages tanpa jemu, tak tahulah berapa jam baru rasa terkesan jangan nages dah tu.  huhu kesian dia kena dengar lagu merdu tu.  nasib guna digi, jadi peree la pakcik eh uncle digi bagi.  (nak cari kawan time susah memang susah) thank you sayang.  (tengah cerita pasal dia kat sini, terus dapat text dari dia.  haha)

lastly, (ok dah kesimpulan) rasa mata ni dah jemu jugak bila kilang air mata terpaksa bekerja keras sejak dua menjak ni.  kadang tertanya mengapa dan kenapa Allah SWT tetapkan jalan Cik RN sebegini?  tapi siapa Cik RN nak tentukan segalanya?  kita hanya mampu merancang, tapi segala ketentuan, Allah SWT yang tetapkan.  moga ada ketentuan dan ketetapan yang baik dan terbaik buat Cik RN dan familyku.

"saat aku lemah, aku juga lemah mengawal air mataku.
air mata bukan tanda aku mengalah, tapi tanda aku cuba mengumpul seribu satu kekuatan.
ya, kekuatan buat aku, kekuatan buat keluargaku."

You May Also Like

0 comments