Aku Kehilangan Kata
Pertama kali aku hilang kata. Pertama kali aku tidak mampu
bermadah. Pertama kali aku rasa tiada kata disekelilingku. Pertama kali aku
jadi buntu.
Saat jawapan ku terima, aku seperti menerima letupan. Saat seakan
berhenti. Cahaya seperti kelam. Bunyi seakan bisu. Aku terduduk. Aku tertunduk.
Aku terdiam. Ini jawapan dari mu Ya Allah. Allah bantu aku terus ke pilihan
jawapan yang tepat. Aku tersentak. Aku terkejut. Kenapa ini jawapannya? Aku tahu
aku harus melangkah pergi ke arah jawapan itu. Tapi aku terasa lemah. Langkahku
longlai. Jiwa seakan luruh. Semangat terasa lusuh.
Sedaya upaya aku. Mendongak langit. Mencari semangat di
sebalik awan. Aku bangun walaupun terasa lemah. Ya, ini jawapan yang tepat.
Allah bantu aku, kenapa aku perlu berbalik. Ya, ini jawapan yang aku wajib
pilih. Aku melangkah. Langkah demi langkah aku terasa semangatku pergi. Aku gagahi
demi hati ini.
Dalam langkahku aku tertanya. Kenapa. Mengapa. Apa. Bagaimana.
Dalam sibuk aku tertanya-tanya. Satu bisikan ku terima. Katanya, “sekali lagi
kau bertemu dengan yang salah. Bukan niat menyeksakan. Bukan niat memberi
derita. Semua kerana, kau perlu belajar. Kau perlu memahami. Kau perlu sedar. Kau
tak boleh berhenti bersyukur. Ini permainan hidup. Kau takkan sedar dan belajar
kalau kau tak terluka. Ini hadiah buat kau.” Ya, aku patut bersyukur. Allah Tarik
jauh aku dari orang yang salah. Allah bagi aku belajar menghargai. Allah bagi
ujian sebab aku lalai.
Marah bertukar menjadi sejuk. kini aku menanti hikmah
disebalik ini. Hebatnya penangan dia sampai aku hilang kata. Namun lagi hebat
cara Allah membawaku ke arah kebaikan.
Teka-teki hatimu, aku dapat selesaikan. Walaupun ianya
seakan berdansa sama, kejujuranmu membuat aku terpaksa pergi. Semua itu tiada
lagi makna, biarlah aku berundur.
2 comments
Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya dan setiap perencanaan Allah itu bersebab dan bukannya sekadar bersuka2...
ReplyDeletefarah waheeda wahid: terima kasih. yep, perancangan Allah, cantik dan penuh hikmah, cuma belum nampak sepenuhnya.
Delete