Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Biar Aku Hilang

by - 6:36 AM

Biar Aku Hilang

Saat angin berhenti bertiup, mereka menyedari kerana panasnya.
Saat matahari berhenti menyinar, mereka menyedari kerana gelapnya pandangan mereka.
Apa mungkin saat aku hilang, mereka juga turut menyedari seperti itu? Atau ianya akan terus hilang dan terus hilang ditelan masa.

Saat si kaya hilang, mereka berebut membantu mencari.
Saat si miskin hilang, mereka sibuk berlaku seperti tidak tahu.
Apa kalau aku hilang, aku dilayan seperti si kaya atau si miskin?

Saat si terkenal susah, sana sini huluran diterima.
Saat si miskin susah, tiada pula mata redup memandang memberi bantuan.
Apa jika aku susah, aku terima pelbagai huluran atau aku dibiar merempat seperti halimunan?

kini aku berdiri di tengah ramai, namun tersembunyi di sebalik kesibukan.  aku menjerit tiada mendengar.  aku menangis tiada siapa kisah.  jadi biar aku hilang kerana tiada yang akan menyedari hilangnya diri ini.



You May Also Like

0 comments