Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Love this ! ♥

by - 1:15 AM

Assalamualaikum,


akhir-akhir ny aku ade bace satu novel, Hati Kala Cinta.  suka cerita ny.  pada aku cerita ny lain dari yang lain. dy punye seorang ayah yang sangat memahami dan mengambil berat tentang dy.  aku akan menangis bile sampai segment ayah dy bagi nasihat, ambil berat kat dy.  serious terharu.  her dad always can read her heart.  kalaulah aku ada ayah macam tu, aku tak perlukan blog ny untuk luangkan masa sunyi aku dengan melayan perasan yang ntah apa-apa ny.  huhu.  aku suka juga cara dy tangani masalah dengan melarikan diri dari semua orang kerana dy tahu dy tak mampu nak kawal marah kalau dy terus stay dalam keadaan tu.  watak utama yang kuat semangat, cekal hati walaupun maknya abaikan dy kerana satu amanah yang perlu diselesaikan.  tapi, ade tapi jugak taw, aku tak suka sebab dy kawin dengan bekas laki orang.  laki orang; seorang lelaki yang lambat matang untuk menyedari kehadiran satu cinta yang telah lama bertapak dan telah membuat satu pengorbanan yang salah.  soal kawin jangan buat main U_U.  but, tu realiti sekarang, kot.  terlalu memandang kecantikan dan tersedar bila rasa kehilangan tu menjelma.  pape pun, cerita ni best!  bacalah~  ^^






nasihat yang paling aku suka dalam cerita ny:


bumi mana yang tak ditimpa hujan.  kita sebagai manusia tidak mungkin boleh lari daripada melakukan kesilapan, tetapi yang penting, kita belajar dari kesilapan itu.
kadangkala kita rasa sesuatu itu langsung tak berguna untuk kita sebab ia sentiasa ada depan mata kita sehingga ia akan hilang perlahan-lahan.  bila ia hilang semuanya, kita pasti akan rasa kita sangat perlukan dia dan saat itu, kita baru sedar bahawa ia sebenarnya sangat bernilai untuk kita.
jangan tunggu ia hilang baru kita sedar yang kita sebenarnya perlukan dia dan sakitnya rasa kehilangan tu tak ada ubat yang boleh menyembuhkannya.


nota kaki:  dah lama beli tapi tak baca-baca sebab busy study.  huhu

You May Also Like

0 comments