Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Hampir Tersungkur

by - 6:00 AM

Assalamualaikum,

first, nak ucap Alhamdulillah sangat-sangat dengan rezeki yang Allah beri.  siapalah aku tanpa peluang dan rezeki yang Dia bagi?  semuanya kurniaan Dia.  exam kali ni memang betul-betul menguji ketabahan aku.  kalau aku tak kuat, seriously, aku dah jatuh tergolek.  and pastinya akan kecewakan harapan mak dan ayah aku.

saat aku berendamkan air mata hampir setiap hari mencari satu semangat yang hilang, tumpuan aku seakan hilang, semangat aku semakin luluh, aku seakan ingin berputus asa.  aku gusar hanya kerana ini result aku akan teruk and aku tak mampu fight untuk final exam.  sememangnya carry mark aku pun kurang bagus nak dibandingkan dengan sem lepas.  tambahan pula ada subjek yang aku gagal satu test.  hanya Allah yang tahu betapa risaunya aku dengan bermacam kemungkinan yang akan berlaku.

seriously, aku hilang semangat.  aku seakan ingin tewas sebelum berjuang.  aku dah rasa terduduk.  siapa yang ingin aku cari untuk pulihkan semangat aku?  siapa yang boleh dengar semua rintihan hati aku?  pada siapa ingin aku mengadu?  suara siapa yang perlu aku dengar untuk naikkan semangat aku semula?  kalau secara logik remaja zaman sekarang akan mencari boyfriend diorang.  aku?  boyfriend siapa yang bole aku pinjam?  sudikah mereka menjadi boyfriend sementara aku?  siapa pula yang ingin melayan kerja gila macam ni kan?  tak ada.

alhamdulillah, aku masih ada family.  mujurlah aku tanpa henti disuap dengan kata-kata semangat mereka.  telinga mereka yang menjadi pendengar setia aku.  kata-kata mereka mengingatkan aku adanya Dia yang maha berkuasa.  walaupun aku tidak punya telinga kawan yang setia mendengar, namun aku punya Dia yang sentiasa ada untuk mendengar.  dari terduduk aku bangun kembali melangkah menempuh apa jua kemungkinan yang mungkin berlaku.

berkat usaha, kesabaran serta ketabahan aku, aku dapat jugak nikmat dari Dia.  melepaskan sesuatu bakal menerima yang terbaik, mungkin inilah dia.  walaupun apa yang aku gengam bukanlah sehebat mereka, tapi aku tetap memanjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah.  sesungguhnya semua ini datang dari Mu.  Alhamdulillah tanpa henti aku ucapkan kerana Allah masih memberi aku semangat untuk aku bangun, masih memberi peluang walau berkali pernah aku siakan, masih memberi aku hadiah sebegini walau berkali juga aku berpaling dari Dia.  ingin aku tangisi dengan kekuasaan Tuhan yang tiada bandingnya.  Alhamdulillah~



nota kaki: pernah aku terdengar satu cerita, Para Sahabat Nabi menangis tanpa henti sehingga menerbitkan alur di wajah mereka kerana tidak mampu membalas hidayah dari Allah.  sedangkan aku kurang sekali menangis kerana itu, malah mudah sekali menangis kerana cinta manusia.  Ya Allah, jauhnya aku.

You May Also Like

2 comments