cinta tak harus memiliki.
Assalamualaikum,
‘Cinta tak harus memiliki’. Satu
keadaan yang patut kte faham dan tabah untuk menerima. Mak cakap, tak semestinya orang yang kte suke
tu akan suke kat kte balik. ‘PAP’. Terkena aku.
Macam mana mak aku bole bace hati aku ni? musykil pulok. Dulu pernah jugak. Tulah, betul cakap mak. Mak macam tau2 je kan. Hehe.
Normallah, kte akan jatuh hati. Tapi
tak semestinya kte akan memiliki orang
yang kte cinta tu. Cinta bagai nak rak
pun, kalau takde jodoh takde jugak. Kalau
kte cinta sangat pun, belum tentu orang tu pun kongsi rasa yang sama dengan
kte. Sebab, perasaaan rasa cinta tu
fitrah manusia.
Kte pun tak boleh lah nak pakse orang lain suke kat kte jugak. Sebab cinta tu pun tak bole dipaksa. Banyak sebab kenape benda tu jadi. Pada aku, sebab Allah nak bagi sesuatu yang
lain. Contohnya, kalau lah kte pernah
putus cinta, cinta ditolak, dicurangi ke kan..kte akan dapat satu kekuatan yang
lain. Macam antibody untuk hati
lah. Hehe.
Aku pernah tertanya-tanya. Kenapa
ada rasa rindu ni? perlu ke ada? Rasa cinta?
Rasa sayang? Sakit! Kenapa perlu ada? lama-lama baru aku faham. Keadaan tu normal. Sebab dia fitrah manusia. Cuma kte je yang tak tahu nak arah, nak lalu,
nak letak semua rasa tu kat mana, macam mana.
Sedangkan rasa itu indah sebenarnya.
Tapi, bila kte salah letak, salah rasa, tu yang sakit. Tak indah la dapatnye. Cinta kepada Allah tu yang kte akan peroleh
segalanya. Trust me.
Semua tu hal kecik jelah. Tapi bile
dah berkaitan dengan hati, semua jadi tak tentu arah. Haih. Normallah. Yang penting kte pandai nak kawal, ingat sape
diri kte and ape tujuan kte. Beres. Hehew.
Tapi, rasa sakit tu nikmat jugak.
Semua yang berlaku semua atas izin Allah. Kalau kte tak buat silap, kte tak tahu kte
buat salah ke tak. Dan mungkin kte tak
ingat perkara/keadaan tu. Jadi, pape pun
yang berlaku jangan lupa kat Allah. Tu semua
nikmat Dia. Alhamdulillah :)
Eh, berie pulak kan? Takpelah,
tak tahu nak update ape. :D
nota kaki: sejak cuti mula ni, handphone aku pun tak reti nak berbunyi. pasal ape nta -.-'
0 comments