Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Haruskah Aku Percaya Pada Luka?

by - 7:08 PM


Bagaimana harus aku ubati luka di hati?
Bila hati terus disakiti,
Pelbagai tomahan terus diberi,
Aku terduduk dengan kecewa tanpa henti.

Kau kumbang yang aku puja,
Kaulah dewa sang cinta,
Kau pahlawan dalam semesta,
Kau yang mampu buat aku tersenyum bahagia.

Kata-kata mu perit biar aku telan,
Aku cuba melupakan dengan perlahan,
Bibir ku paksa memberi senyuman,
Cuba lindungkan segala keresahan.

Sayang, patutkah aku percaya pada luka?
Dengan segala perit yang telah kau berikan,
Aku cuba sedaya untuk bertahan,
Masih dayakah aku dengan semua ini?

Sangkaku kamu yang aku tunggu,
Namun mengapa sebegini aku diperlaku?
Aku lelah untuk bertahan di medan perang,
Apabila ombak terus menghempas pantai.

You May Also Like

0 comments