Pena Aku Condong
Aku pegang pena, condong. Aku menaip seperti patuk ayam. Aku
tak mampu berpuitis, jauh sekali bermadah ayat cinta, meluah rasa. Aku manusia biasa, yang tiada upaya luar
biasa. Tika aku gembira, aku juga
tersilap langkah akhirnya jatuh. Namun
itu bukan sebab untuk aku terus jatuh.
Sekuat – kuat aku, aku juga tidak kuat dalam setengah perkara dan
mungkin beberapa perkara. Aku ialah aku.
Dan aku ialah aku.
Terburu – buru itu lah aku.
Kesimpulan sebelum pendahuluan itulah aku. Markah diberi kosong. Bagaimana mahu penuh,
andai segalanya salah. Langkah aku tidak
cekap, pandangan aku kabur. Kadang aku
lebih rela terduduk, dari terus bangkit dan tempuh sesuatu yang tidak pasti. Menyesal tiada guna, ini bukan perahu yang
boleh diundur.
Apa aku mampu, hanya maaf dan penyesalan. Aku sahabat yang tidak boleh menjadi
sahabat. Doa aku buat sahabat, semoga
bahagia bersama kamu. Semoga kejayaan buat
kamu. Semoga segala yang baik buat
kamu. Biar aku tersalah kali ini, jangan
tinggalkan aku hari ini. Tersenyum kamu
sahabat, senyum jugaklah aku buat kamu.
Andai satu hari nanti kamu bersedih, jangan fikir kamu seorang kerana
ada aku berasama kamu. Jangan fikir hati
aku kerana aku hanya ingin kamu bahagia.
Pusing belakang, lihatlah aku.
Sepasang telinga aku pinjamkan untuk mendengar. Bahu kurus aku alaskan supaya kamu kuat. Jari kecil aku khidmatkan untuk kesat air
matamu. Ingat sahabat, senyum kamu,
senyum aku. Bahagia kamu, bahagia aku. Susah kamu, susah aku. Sakit kamu, sakit aku. Sedih kamu, sedih juga aku.
Meski aku tidak sepenuh mengenal kamu, tapi aku tahu kamu
sahabat yang baik. Terima kasih hadir
dalam hidup aku. Terima kasih sudi
mengenal aku sebagai sahabat kamu.
0 comments