Dunia Kini
Hari ini
ialah Dunia Kini.
Yang pegang
botol diagungkan,
Yang memberi
nasihat disyaitankan.
Yang
menghina dibanggakan,
Yang cuba
menyelamatkan diibliskan.
Apabila
ditegur, lagi dan lagi mencari kesalahan pemberi nasihat.
Seolah-olah
mereka sahaja yang hebat.
Tersenyum
bangga seperti mereka yang teragung,
Hakikat
sebenar seluar rabak di punggung.
Kepala
mereka berbalut dan berhijab labuh, dikatakan syaitan bertopengkan manusia.
Berseluar pendek
dan berpeluk tubuh bertemu tubuh, dikatakan mereka malaikat dari syurga.
Bercakap
berbangga, perut mereka yang kembung,
Lurus dan
percaya, badan mereka yang cengkung.
Ini dunia
akhir zaman,
Sedar atau
tidak rakan-rakan,
Inilah
pengakhir zaman.
Tong kosong
dijadikan ketua,
Yang tegap
dijadikan hamba.
Usah hanya
takut dengan kiamat,
Tapi
gentarlah dengan hidup yang entah bila akan tamat.
Usah hanya
takut, gentar dan lupa,
Persiapkanlah
bekalan-bekalan yang perlu di sana.
Astaghfirullahazim..
0 comments