Bibirku Membisu
Ingin ku karang rasa hati,
Tapi gusar tiada siapa yang memahami,
Aku disini umpama sendiri,
Walau hakikat kamu di sisi.
Aku berpaut pada jendela,
Aku merenung ke luar sana,
Langkah ku terhenti tanpa di sapa,
Lelahku ingin bertanya pada siapa.
Kuatkan aku wahai Tuhan,
Tabahkan aku wahai Tuhan,
Bentangkan aku dengan kebenaran,
Kerana aku lelah dengan panahan.
Langkah kakiku semakin melemah,
Tangisku bagai tiada penghujung,
Marahku tiada lagi diendah,
Terlihat aku tidak lagi disanjung.
Aku lemah seperti puisiku,
Hati berbicara namun bibirku bisu,
Gelap pandangan tiada yang memandu,
Terbiar aku tanpa belaianmu.
0 comments