Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Ke Mana Kita Bangsa Melayu?

by - 6:52 AM


Assalamualaikum,

Hye ! hye ! lamenye tak update blog ni.  sibuk sangat sem ni.  nak cari waktu golek2 atas katil dengan tenang tu memang takde lah.  Kerja banyak ow sem ni.  tapi takpe lah, tuntutan sebagai seorang pelajar, begitu lah jadinya.  No merungut, fikirkan positive ! :D

Kali ni teringin pulak nak taip entri tentang MELAYU.  Yes, MELAYU kita !!  dari pandangan aku, serta pandangan2 para dewasa di luar sana, aku tengok MELAYU asyik bergaduh sana sini, berlaga sana sini, semua antara MELAYU dan MELAYU.  Kadang aku sedih tengok MELAYU ni.  yelah, bangsa aku sendiri.  kenapa mereka tak nampak benda ni umpama bergaduh adik-beradik je.  bangsa-bangsa lain ntah2 sedang gelakkan kita semua.  Aku bukan nak cakap pasal parti politik pun tapi aku nak highlight kan MELAYU.  Kemana MELAYU sekarang ni?  macam mana keadaan MELAYU sekarang ni?  Frankly speaking, aku risau sangat MELAYU ni hilang kat tanah air sendiri.  aku takut MELAYU ni jadi kuli di Negara sendiri.  aku rasa nak nangis bila ingat, mungkinkah satu hari nanti MELAYU akan merempat di Negara sendiri?  hak kita di mana?  Semakin terhakis hak MELAYU di tanah air sendiri.  semakin kabur kehadiran MELAYU di tanah air sendiri.  MELAYU kat luar sana, tak risau ke? Tak takut ke?

Bukan nak cakap racist or ape lah.  Perasan tak dalam diam, bangsa lain sedang melagakan MELAYU dengan MELAYU.  MELAYU bergaduh, berlaga, berlawan, bangsa lain? Ketawa, gelak, dan tunggu masa je nak tengok MELAYU jatuh.  MELAYU kat luar sana tak takut ke MALAYSIA ni bangsa lain takluk?  Nak menjadi kuli di Negara sendiri? merempat di Negara sendiri? apa nasib kita nanti kalau bukan MELAYU yang memerintah?

Ayah aku pernah cerita “suatu masa dulu, semua hospital dikuasai oleh orang india.  Dan ubat2 yang baik hanya diberi kepada orang india sahaja.  Wad2 first class hanya kebanyakkan didiami oleh india.  Sehinggalah UKM memberi peluang dan mendidik anak2 MELAYU untuk menjadi doctor.  Akhirnya barulah kebanyakkan doctor di MALAYSIA adalah MELAYU” agak2 korang, kalau andai satu hari nanti bukan MELAYU yang memerintah, macam mana nasib kita?

Aku pernah dengar seseorang cakap:

Dulu: TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Beberapa tahun kemudian:  MELAYU MUDAH LUPA

Akan datang: mungkin “MELAYU DI LUPAKAN” atau akhirnya “MELAYU HILANG DI DUNIA”.

*scary*

Sekali lagi aku cakap, aku tak cakap pasal politik.  Tapi aku harap sangat, semua orang MELAYU kat bumi ALLAH ni bersatu, jaga bangsa kita.  mungkin aku terlalu muda untuk cakap pasal ni, tapi tak salah rasanya kalau aku harap macam ni sebab aku sayang bangsa aku dan aku tak nak bangsa aku hilang.  AKU SAYANG MELAYU !  tak kiralah berdiri di atas parti mana2, tapi MELAYU tetap MELAYU, MELAYU kena bersatu.

Sebagai contoh, tengok bangsa CINA.  Even dorang berlainan parti, dorang tetap bersatu, dorang tetap jaga bangsa mereka.  Apa salahnya kita bangsa MELAYU pun buat macam tu? kerana “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.”

Bila jadi macam ni, baru aku tahu kenapa perlunya kita mendalami ilmu sejarah.  Supaya kita dapat menghargai penat lelahnya datuk moyang kita dahulu mempertahankan tanah air kita.  kalau kita betul mendalami, mesti kita terus menghargai.  Tapi malangnya, ilmu itu hanya dipelajari sekadar untuk lulus periksa atau mendapat A dalam subjek Sejarah.

“ada tempat kita boleh membangkang, ada tempat kita patut ikut” – orang lama

Kadang – kadang aku tengok setengah orang (even kawan aku sendiri) sangat taksub sampai lupa pada bangsa sendiri.  kadang aku tertanya, dia tak takut ke kalau bangsa lain memerintah?  Oh, even akan ada orang cakap, “eh tak semestinya kalau dia tu menang, bangsa lain memerintah”. *senyum dulu* mula2 mungkin kita tak nampak permainan mereka, tapi slowly mereka akan tuntut satu persatu dan akhirnya kebanyakkan menjadi hak mereka and finally…. Korang fikirlah sendiri. *scary* kita tak nampak benda yang halus.  Bila dah jadi, barulah kita nampak.  Tapi, kalau dah jadi, ape boleh buat lagi? Ianya ibarat seperti mereka menanam sayur-sayuran ataupun tanaman di tepi jalan.  Mula-mula tanah tu bukan milik mereka, tapi bila dah maju, barulah mereka buat rundingan dengan pihak berkenaan untuk menjadikan tanah tu milik mereka. Itu kecil-kecilan.  Wake up MELAYU ! cuba fikir kalau ianya terjadi ‘besar-besaran’, macam mana?

Apa akan jadi pada kita, bangsa MELAYU?  Terbelakah nasib kita pada masa tu?  Cukuplah kita lihat di dalam Negara kita sendiri iaitu negeri Pulau Pinang, macam mana nasib MELAYU kat sana?  Aku tak nak cerita lebih2 tentang negeri orang, takut salah cerita.  Tapi kalau Korang tahu, mesti korang boleh bayangkan keadaan MALAYSIA ni kalau jatuh di tangan bangsa lain.  Terjaminkah nasib keturunan kita?  belum tentu kalau MELAYU masih berlaga sesame sendiri.

bukan nak kata aku ni pro pada mana2 parti, aku pun seperti korang semua, nampak silap mereka, nampak salah mereka.  tapi aku cakap ni kerana bangsa MELAYU.  tak kira lah pendirian korang ape, tapi sama-samalah, kita bangsa MELAYU jaga bangsa kita.  tak kira siapa di atas, kita jaga bangsa kita.

bersatu menjaga nama bangsa MELAYU.  bersatu menaikkan taraf bangsa MELAYU.  bersatu menjaga hak-hak bangsa MELAYU.  jangan terlalu leka dengan permainan dunia, andai kita tidak pasti hujungnya.  jangan terus lalai, jangan terus termenung, mereka sudah jauh membangun, tinggallah kita yang masih terkapai-kapai.  jangan terus tidur dan hidup di dalam mimpi, ayuh bangun jadikan ianya realiti dan bukan lagi fantasi.

Sekali lagi, aku nak cakap, aku bukan berkempen untuk parti tapi aku nak orang MELAYU bangun dan sedar kerana bangsa MELAYU.  Bukan juga menggoyah undi atau memancing undi tapi untuk mengekalkan ketuanan MELAYU di bumi MALAYSIA.



-suara anak melayu-



You May Also Like

1 comments

  1. kekalkan pemerintah yang sedia ada skrg..jgn korbankn agama dan bangsa untuk lakukan perubahan yang belum pasti menjamin kebahagiaan akan datang.

    ReplyDelete