Assalamualaikum,
Hye ! hye !
lamenye tak update blog ni. sibuk sangat
sem ni. nak cari waktu golek2 atas katil
dengan tenang tu memang takde lah. Kerja
banyak ow sem ni. tapi takpe lah,
tuntutan sebagai seorang pelajar, begitu lah jadinya. No merungut, fikirkan positive ! :D
Kali ni
teringin pulak nak taip entri tentang MELAYU.
Yes, MELAYU kita !! dari
pandangan aku, serta pandangan2 para dewasa di luar sana, aku tengok MELAYU
asyik bergaduh sana sini, berlaga sana sini, semua antara MELAYU dan MELAYU. Kadang aku sedih tengok MELAYU ni. yelah, bangsa aku sendiri. kenapa mereka tak nampak benda ni umpama
bergaduh adik-beradik je. bangsa-bangsa
lain ntah2 sedang gelakkan kita semua. Aku
bukan nak cakap pasal parti politik pun tapi aku nak highlight kan MELAYU. Kemana MELAYU sekarang ni? macam mana keadaan MELAYU sekarang ni? Frankly speaking, aku risau sangat MELAYU ni
hilang kat tanah air sendiri. aku takut MELAYU
ni jadi kuli di Negara sendiri. aku rasa
nak nangis bila ingat, mungkinkah satu hari nanti MELAYU akan merempat di Negara
sendiri? hak kita di mana? Semakin terhakis hak MELAYU di tanah air
sendiri. semakin kabur kehadiran MELAYU
di tanah air sendiri. MELAYU kat luar
sana, tak risau ke? Tak takut ke?
Bukan nak
cakap racist or ape lah. Perasan tak
dalam diam, bangsa lain sedang melagakan MELAYU dengan MELAYU. MELAYU bergaduh, berlaga, berlawan, bangsa
lain? Ketawa, gelak, dan tunggu masa je nak tengok MELAYU jatuh. MELAYU kat luar sana tak takut ke MALAYSIA ni
bangsa lain takluk? Nak menjadi kuli di Negara
sendiri? merempat di Negara sendiri? apa nasib kita nanti kalau bukan MELAYU
yang memerintah?
Ayah aku
pernah cerita “suatu masa dulu, semua
hospital dikuasai oleh orang india. Dan ubat2
yang baik hanya diberi kepada orang india sahaja. Wad2 first class hanya kebanyakkan didiami
oleh india. Sehinggalah UKM memberi
peluang dan mendidik anak2 MELAYU untuk menjadi doctor. Akhirnya barulah kebanyakkan doctor di
MALAYSIA adalah MELAYU” agak2 korang, kalau andai satu hari nanti bukan MELAYU
yang memerintah, macam mana nasib kita?
Aku pernah
dengar seseorang cakap:
Dulu: TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
Beberapa tahun kemudian: MELAYU MUDAH LUPA
Akan datang: mungkin “MELAYU DI LUPAKAN”
atau akhirnya “MELAYU HILANG DI DUNIA”.
*scary*
Sekali lagi
aku cakap, aku tak cakap pasal politik. Tapi
aku harap sangat, semua orang MELAYU kat bumi ALLAH ni bersatu, jaga bangsa
kita. mungkin aku terlalu muda untuk
cakap pasal ni, tapi tak salah rasanya kalau aku harap macam ni sebab aku
sayang bangsa aku dan aku tak nak bangsa aku hilang. AKU SAYANG MELAYU ! tak kiralah berdiri di atas parti mana2, tapi
MELAYU tetap MELAYU, MELAYU kena bersatu.
Sebagai contoh,
tengok bangsa CINA. Even dorang
berlainan parti, dorang tetap bersatu, dorang tetap jaga bangsa mereka. Apa salahnya kita bangsa MELAYU pun buat
macam tu? kerana “Bersatu Teguh, Bercerai
Roboh.”
Bila jadi
macam ni, baru aku tahu kenapa perlunya kita mendalami ilmu sejarah. Supaya kita dapat menghargai penat lelahnya
datuk moyang kita dahulu mempertahankan tanah air kita. kalau kita betul mendalami, mesti kita terus
menghargai. Tapi malangnya, ilmu itu
hanya dipelajari sekadar untuk lulus periksa atau mendapat A dalam subjek
Sejarah.
“ada tempat kita boleh
membangkang, ada tempat kita patut ikut” – orang lama
Kadang –
kadang aku tengok setengah orang (even kawan aku sendiri) sangat taksub sampai
lupa pada bangsa sendiri. kadang aku
tertanya, dia tak takut ke kalau bangsa lain memerintah? Oh, even akan ada orang cakap, “eh tak semestinya kalau dia tu menang,
bangsa lain memerintah”. *senyum dulu* mula2 mungkin kita tak nampak
permainan mereka, tapi slowly mereka akan tuntut satu persatu dan akhirnya
kebanyakkan menjadi hak mereka and finally…. Korang fikirlah sendiri. *scary*
kita tak nampak benda yang halus. Bila dah
jadi, barulah kita nampak. Tapi, kalau
dah jadi, ape boleh buat lagi? Ianya ibarat seperti mereka menanam
sayur-sayuran ataupun tanaman di tepi jalan.
Mula-mula tanah tu bukan milik mereka, tapi bila dah maju, barulah
mereka buat rundingan dengan pihak berkenaan untuk menjadikan tanah tu milik
mereka. Itu kecil-kecilan. Wake up MELAYU
! cuba fikir kalau ianya terjadi ‘besar-besaran’, macam mana?
Apa akan
jadi pada kita, bangsa MELAYU? Terbelakah
nasib kita pada masa tu? Cukuplah kita
lihat di dalam Negara kita sendiri iaitu negeri Pulau Pinang, macam mana nasib MELAYU
kat sana? Aku tak nak cerita lebih2
tentang negeri orang, takut salah cerita.
Tapi kalau Korang tahu, mesti korang boleh bayangkan keadaan MALAYSIA ni
kalau jatuh di tangan bangsa lain. Terjaminkah
nasib keturunan kita? belum tentu kalau MELAYU
masih berlaga sesame sendiri.
bukan nak kata aku ni pro pada mana2 parti, aku pun seperti korang semua, nampak silap mereka, nampak salah mereka. tapi aku cakap ni kerana bangsa MELAYU. tak kira lah pendirian korang ape, tapi sama-samalah, kita bangsa MELAYU jaga bangsa kita. tak kira siapa di atas, kita jaga bangsa kita.
bersatu menjaga nama bangsa MELAYU. bersatu menaikkan taraf bangsa MELAYU. bersatu menjaga hak-hak bangsa MELAYU. jangan terlalu leka dengan permainan dunia, andai kita tidak pasti hujungnya. jangan terus lalai, jangan terus termenung, mereka sudah jauh membangun, tinggallah kita yang masih terkapai-kapai. jangan terus tidur dan hidup di dalam mimpi, ayuh bangun jadikan ianya realiti dan bukan lagi fantasi.
Sekali lagi,
aku nak cakap, aku bukan berkempen untuk parti tapi aku nak orang MELAYU bangun
dan sedar kerana bangsa MELAYU. Bukan juga
menggoyah undi atau memancing undi tapi untuk mengekalkan ketuanan MELAYU di
bumi MALAYSIA.
-suara anak
melayu-