Kenangan Yang Menjadi Rahsia
Assalamualaikum W.B.T :)
Masa takkan
berpatah balik ke belakang dan masa akan terus berjalan ke depan. Masa takkan menoleh, takkan berhenti untuk
kita. ya, masa itu emas. Masa yang di belakang adalah satu
memori. Satu memori yang menjadi satu
sejarah. Satu memori yang menjadi
kenangan buat kita. mungkin kenangan
manis, mungkin kenangan pahit. Kenangan yang
mematangkan kita, kenangan yang mengajar kita 1001 erti kehidupan. Bila kita sudah berada di depan, kita mesti
ingat, setiap yang berlaku dengan izin Allah, setiap yang berlaku adalah ujian
dari Allah. kadang puas kan kita
mengeluh? Tapi tak dapat jawapan. Tapi terfikir tak kita, yang itu semua aturan
yang telah ditetapkan oleh Allah? pernah
juga aku penat bertanya, terasa sesak dada memikirkannya kenapa dan
mengapa. Tapi jawapan yang akan
menenangkan hati kita balik ialah “semua
ini berlaku kerana Allah”.
Aku berkata
bukan kerana aku alim, bukan juga ilmu di dada penuh. Tidak sama sekali. Hanya satu nota untuk mengingatkan diri aku
sendiri. mohon kemaafan sekiranya ada
kesalahan di mana-mana.
Di pagi yang
indah cukup buat aku terkenang dengan bermacam kisah yang lepas. Pelbagai yang telah aku tempuh, pelbagai
benda telah aku sia-siakan. Nak berputar
kembali masa ke belakang, memang tidak akan terjadi sama sekali. Hanya khayalan dan hanya mimpi seperti di
dalam cerita katun doraemon. Tak salah
mengenang kenangan? Ya. Tak salah.
Bila bicara
soal hati, tak ramai yang memahami. Tak ramai
yang akan mengerti apa yang bergolak di sudut hati. Pada siapa aku ingin meluahkan rasa ini? Aku pun tidak pasti. Aku pun tidak jumpa cari. Ya, itu satu kenangan dan aku merindui
kenangan itu. Terhenti aku membina satu
kenangan yang manis di saat aku hanya terlanjur satu kata. Akibat mulut
badan binasa. Hati aku memberontak
bila rindu itu melonjak. Mengapa sering
aku melakukan kesalah demi kesalahan? Ingin
aku luahkan, ingin aku menjerit. Biar ia
semua terluah, terlepas dari kotak hati yang terkunci rapi.
Namun aku tidak
mampu, kerana aku percaya, tak semua kata boleh diluahkan, tak semua kata boleh
dikongsikan. Setengah cerita lebih baik
ianya terus tersimpan. Bukan rasa cinta
yang sedang ku sampaikan tapi ianya satu kenangan yang aku tamatkan.
Terkadang hatiku
bertanya, salahkan aku? Besarkah salahku? Aku mengeluh. Aku tak tahu, mengapa tiada tersembunyi di
saat itu. Mengapa aku tidak dapat
mengawal, ya sering aku tidak dapat mengawal.
Dan pada akhirnya aku menyesal. Menyesal
dengan keterlanjuran ku. Keterlanjuran kata-kata. Terlajak
perahu boleh berundur, terlajak kata?
Ingin ku
menyesali memang tiada guna lagi. Semuanya
tetap berjalan. Semuanya tetap tidak
akan kembali. Aku masih tidak nampak
hikmah di sebalik ini. Tapi aku yakin,
satu hari nanti aku akan nampak hikmahnya.
Kerana ya, perubahan itu terlalu ketara dan aku sedar itu menjadi
kesalahanku.
Aku termenung,
pandangan aku kosong namun ada yang memenuhi fikiran ku. Fikiran yang dipenuhi dengan persoalan dan pencarian
jawapan. Tanya pada hati, tanya pada
otak. Hati dan otak bekerjasama. Mengapa perlu diingat lagi perkara yang sudah
lepas, ayuh bangun ! jangan terus
mengeluh ! seminit aku mengingati
kenangan itu, sesaat pun di sana tidak terkesan dengan tiadanya aku di dalam
hidupnya. Aku umpama dahan bagi burung
yang singgah sebentar mencari redupnya dari sang matahari.
Bila ku
bicara sendiri, ku mengharap ada sumber kekuatan yang bakal menghampiri. insyaAllah.
masa umpama satu perjalanan yang tiada hentinya dan tidak akan berpatah kembali |
0 comments