Tips or Cara-cara Nak Memujuk Lelaki Yang Merajuk
Assalamualikum,
Bertemu kita
lagi dalam segmen doctor cinta..ecehh..macam dalam TV pulop..doktor cinta? Euwww..alah, nak cakap sikit pun dah tak
bole..k foine ~ foine ~ okey, kali ni
Cik RN nak kong si tentang Tips Or Cara
Nak Memujuk Lelaki Yang Merajuk. Wow,
menarik tak tajuk tu? Menarik kan? Selalu kita dengar, perempuan je suka
merajuk. Sebab kalau lelaki merajuk,
buruk bebeno ghupenye ye dak? Haaa…
lelaki pun bole merajuk laaaa.. mereka kan manusia jugak..normallah tu..tapi
kan, mintak maaf la dulu nak cakap ni..hehehe..lelaki nampak sweet kalau
merajuk dengan girlfriend dia je..kalau kalau kalau dengan orang lain..emmm
macam nampak macam tak sesuai la..jambu ke?
#Eh? Tapi kalau dengan family
mereka tu, lain ceritalah..tu hal family la kan..
So now ada
beberapa tips yang Cik RN jumpa dari satu blog and teringin nak kongsi dalam
blog Cik RN ni. kalau korang nak tahu la
kan, lelaki ni susah nak merajuk, tapi kalau sekali diorang merajuk, kita
pusing satu dunia pun belum tentu dapat cara nak pujuk dia. Ok, tipu.
Perumpamaan jelaa. Okey da
melalut banyak, mari sini baca kat bawah2 ni ye. Semoga dapat dimanfaatkan bersama !! :P
(Courtesy
from http://ciffahmimalomuchacha.blogspot.com/2012/08/8-cara-memujuk-lelaki-yang-merajuk.html
)
Tips/ Cara-cara Memujuk Lelaki Yang
Merajuk
1. Berikan
si dia ruang untuk bersendirian
Apabila
seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan
fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia
memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya
masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu
dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang
dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa
memberikan si dia sokongan
Anda sebagai
seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika
dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda,
biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan
televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran
televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia
sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang
memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan
bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si
dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa
dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada
bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu
konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan
si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah
mengganggunya.
4. Buat
sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah
lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan
perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian.
Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan
diri anda. Membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda
seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat
mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada
merajuk itu.
5. Terangkan
perkara sebenar
Adalah lebih
mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada Dia apa yang berlaku pada
anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam
perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan
berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat
si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
6. Bertolak
ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar
untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita
mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu
keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan
gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan
bijak dalam membuat keputusan.
7. Ucapkan
kata-kata “manis”
Manis tidak
semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda
dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan
sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan
tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan
tadi.
Haaa itulah
antara tips or cara-cara nya..tapi yelah, bukan semua orang boleh guna cara
yang sama..ada lelaki yang memang nak girlfriend dia pujuk selalu. Kalau tak pujuk, dia rasa terabai. Ada yang memang jenis, taknak diganggu. Nanti kalau dah ok, diorang yang akan cari
kita balik. Cik RN harap, sikit sebanyak
dapat membantu pasangan-pasangan di luar sana.
Cewah. Haha. Ok, sampai di sini saja. Bertemu kita lagi yeee.. have a nice day !!
*mohon jasa baik awak-awak semua klik iklan2 di atas ye ^_^
*mohon jasa baik awak-awak semua klik iklan2 di atas ye ^_^
5 comments
Mcm mne klu org tu sy x knal.. mcm ni critenyer,, sy update status fb.. ade mngena jgak dgn dia.. and dia mrah sy,, dia kta mcm2 kt sy,,, sy tkut lah ble ade org mrah kt sy.. sy risau sgt skrg ni,,, dh la thun ni sy ada spm,, klu bleh sy nk slesaikan sblm spm,, sy hrap sgt,, awk bleh tlng,, bleh x bg feedback kt fb sy,, ni email fb sy (ainsofea96@yahoo.com)
ReplyDeleteTOLONG... PLEASE!!!
saya ade masalah dengan dye.mak sye x marah yg sye bercouple ngan dye tpi mak sye pantang klu dye kena mengena ngan rokok.dua minggu lepas,mak sye ade bce sms dye yg suruh sye ambil rokok kat kwn dye lepas tu mak sye sms blik;hello,jangan nak ajar anak sye merokok sebab ayah dye x merokok.sye dh puas mintak maaf tapi dye membisu.dye cakap yg mak sye meghina dye dan dye ckp yg sye berlagak yg sye kaya dan dye tu miskin.sye amat terlalu merindui dye.macam mne nie ?
ReplyDeletesaya dah text banyak kali tapi tak balas juga sehari dia tak balas
ReplyDeleteCamne palk kalau die merajuk dengan kitr tetiba sebb salah faham je ni
ReplyDeleteDah pujuk call msej semua mintak maaf,padahal dia yg salah..tp dia diam je..🤣
ReplyDelete