Kita patut takut pada siapa?
Assalamualaikum..
Aku ni jenis penakut jugak la. Nak pergi toilet dalam bilik sorang-sorang pun kadang tu takut jugak. Huhu. Sekarang ni banyak sangat horror movie, filem seram. Aku nak dengar iklan dy pun aku tak nak. Seram. Aku tak layan cerita macam ny sebab sememangnya aku seorang yang lemah semangat. Jujur!
Aku tengok dunia sekarang ni banyak sangat horror movie. Seronok sangat ke mengagungkan benda macam tu. Memang wajib unt kita percaya alam ghaib. Tapi aku rasa orang-orang sekarang lebih takutkan benda-benda macam ni berbanding takut kat Allah. Kenapa ya? Sedangkan apa yang patut kita lebih takut adalah Allah. Benda yang ni pun makhluk Allah juga. Allah lah yang maha berkuasa atas segala-galanya.
Bukan aku nak mengutuk filem tempatan pulak, tapi bilangan dia da melampau pulak. Aku rasa benda tu pun seronok bila tengok manusia2 ni wat cerita tentang deme. Tu la sebab masalah berkaitan dengan benda macam ni semakin banyak. Seolah-olah zaman ahli sihir telah kembali. Bak kata ayah aku la. Huhu. Lagu aku maafkan kamu, lagu ahli sihir. Hehe.
Ayah aku cakap, tu menunjukkan orang-orang zaman sekarang kurang mengamalkan ilmu Islam dan dah kurang yang memegang al-Quran. Ada betulnya jugak. Kan?
Jadi adakah benar di akhir zaman, Islam lebih berkembang di barat dan tenggelam di timur?
Jadi, sama-samalah kita fikir apa yang patut kita takut. Sebab dajjal akan menyesatkan kita melalui cara macam ni. Awas! Jeng jeng jeng!
0 comments